Wednesday, 20 December 2017

SEJARAH KEKEJAMAN TERHADAP KAUM WANITA YANG PERNAH BERLAKU

Menurut sejarah, kaum wanita pernah diseksa oleh golongan lelaki berkuasa menerusi cara yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Perlakuan ini mempunyai tujuan tertentu seperti menindas seksualiti, menghilangkan hak bersuara dan menuruti piawaian kecantikan yang ditetapkan. Oleh sebab bimbang akan kebebasan wanita mampu mempengaruhi falsafah kehidupan mereka, kaum lelaki sanggup berbuat apa sahaja demi mematahkan semangat dan membuatkan wanita patuh kepada mereka.

Belai bulu ketiak untuk meneruskan bacaan

Credit: iluminasi

1. Pengoyak payudara 

Mendengar namanya sahaja sudah cukup mengerikan. Instrumen ini terdiri daripada dua serampang besar dengan pengais yang tajam. Ia mampu mengoyak payudara dan mencabut tisu dari badan mangsa. Kadangkala, serampang tersebut turut dipanaskan bagi menandakan tubuh ibu yang belum berkahwin dan wanita yang berzina.

Penggunaan alatan ini dihentikan semasa zaman pertengahan. Namun, ISIS telah menggunakannya pada zaman moden sebagai hukuman buat wanita Syria yang menyusukan anak di tempat awam.



2. Kekangan scold

Pada zaman pertengahan, ini adalah cara paling mudah untuk para suami membuatkan isteri mereka berhenti berleter. "Scold" merujuk kepada wanita yang suka bergosip atau terlalu banyak mengeluh. Pada zaman itu, aktiviti bergosip ditakuti suatu kerja syaitan.

Mengikut rekod, alatan ini pertama kali diguna pada abad ke-16, dimana sebuah topeng besi dikunci pada kepala mangsa. Paku juga boleh diletakkan di atas lidah, membuatkan mangsa tidak mampu bercakap melainkan dalam keadaan yang teramat sakit. Hukuman jenis ini melibatkan penderaan dari segi psikologi. Mangsa yang terlibat akan dimalukan secara terbuka dengan diarak di seluruh bandar memakai alatan ini, sambil penonton mengutuk dan meludah ke arahnya.



3. Memotong separuh badan dengan gergaji

Hukuman ini menggantung mangsa secara terbalik dan memotong separuh tubuhnya bermula daripada alat sulit. Kaedah penyeksaan ini digunakan semasa zaman pertengahan sebagai cara ekonomi untuk memberikan kesan sakit yang dahsyat, tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Dua pelaksana tiada perikemanusiaan akan mengendalikan gergaji yang biasanya digunakan untuk memotong batang pokok.

Mangsa yang terlibat dengan amalan sihir, penzinaan dan kata-kata nista akan digantung dalam keadaan kaki terkangkang luas. Mangsa dibiarkan sedar semasa tubuh mereka dipotong dan darah mengalir ke kepala. Proses ini berlangsung selama berjam-jam, sebelum pelaksana hukuman ini akhirnya memotong separuh keseluruhan tubuh mangsa. Mereka juga berhenti di bahagian abdomen mangsa untuk membuatkan si mangsa lebih terseksa.




4. Buah pir kesengsaraan

Alat seksaan ini digunakan ketika zaman pertengahan, iaitu menghampiri abad ke-17. Namanya diambil kerana persamaan bentuknya dengan buah pir. Instrumen logam ini dibahagikan kepada empat segmen berbentuk kelopak yang terbuka. Untuk membukanya, tuil skru gabus dipalingkan pada hujung yang bertentangan. Mangsa utama adalah wanita yang melakukan perbuatan sihir dan pengguguran bayi. Ianya dimasukkan ke dalam alat sulit dan akan terbuka secara perlahan-lahan, merobek organ pembiakan si mangsa.

Alat ini juga digunakan terhadap mereka yang mengamalkan hubungan homoseksual. Buat mereka yang mengamalkan ajaran sesat, ia diubah suai untuk dimasukkan secara paksa ke dalam mulut pesalah. Ia juga diperluaskan sehingga memecahkan tulang rahang mangsa.




5. Dibakar di Stake

Cara membakar sehingga mati adalah bentuk hukuman klasik yang sering digunakan untuk wanita yang terlibat dengan amalan-amalan seperti sihir, ajaran sesat dan pengkhianatan. Kaedah ini popular di England dari abad ke-15 sehingga 18. Namun, sebenarnya tiada sesiapa yang pernah dibakar semasa "Percubaan Penyihir Salem" di tanah jajahan Amerika.

Sekiranya tidak pengsan akibat tersedut asap, mangsa dianggap sebagai tidak bernasib baik. Ini kerana mangsa akan merasai penderitaan dihukum mati dengan cara yang lebih menyakitkan. Pertama sekali, mereka akan menggeliang-geliut dalam kesakitan, dimana epidermis retak terbuka. Kemudiannya, api akan membakar lapisan lemak mereka. Mangsa berasa sedikit lega apabila api merosakkan saraf kulit dengan teruk sehingga mereka tidak 
lagi mampu berasa sakit.



6.Baling batu

Baling batu atau rejam adalah salah satu bentuk hukuman,Ia melibatkan sekumpulan orang membaling batu secara berterusan ke arah kepala mangsa di tempat awam. 

Ia dihidupkan semula di Iran selepas revolusi pada tahun 1980. Mangsa terdiri daripada mereka yang berzina. Ahli keluarga mereka juga adakalanya bertindak sebagai pelaksana dalam kes melibatkan pembunuhan. Si keluarga membunuh mangsa demi menjaga maruah.

Sebagai persediaan, lubang yang sempit dan dalam digali. Wanita berkenaan kemudiannya diikat dan dimasukkan ke dalam tanah sehingga paras leher, dimana cuma kepalanya sahaja yang terdedah. Kemudian, sekumpulan pelaksana lelaki akan membaling batu ke arahnya sehingga mati.


Pada hari ini, sejumlah 15 negara masih mengamalkan kaedah ini, termasuk Nigeria, Sudan, Iran dan Pakistan. Pada Februari 2016, dua gadis remaja dihukum mati dengan cara ini di Syria, selepas dua lelaki dijumpai di dalam rumah mereka. Kedua-dua lelaki tersebut disebat sebanyak 50 kali



8. Perkahwinan Republik

Idea penyeksaan sebegini melibatkan wanita suci seperti biarawati, yang diikat bersama lelaki lain tanpa sebarang pakaian. Mereka kemudiannya dicampak ke dalam sungai. Kaedah penyeksaan ini banyak digunakan terhadap imam dan biarawati semasa pemerintahan keganasan dan Perang Revolusi Perancis. Aktiviti ini berlaku di Nantes, Perancis antara tahun 1793 dan 1794, diperintahkan oleh Jean-Baptiste Carrier. Jika mangsa tidak dilemaskan, orang ramai akan berkumpul dan mengejar mangsa dengan pedang.




7.Seksaan seksual dan rogol

Mengikut sejarah, rogol turut digunakan sebagai salah satu cara penyeksaan. Contohnya, semasa "Pembunuhan Nanking", askar Jepun merogol dan membunuh ribuan wanita berbangsa Cina.

Kaedah ini juga digunakan untuk memaksa para banduan mengaku atas kesalahan jenayah mereka. Amnesty International mendapati ia digunakan secara rutin dalam penjara di negara Mexico. Penjara di Iran juga didakwa memukul dan merogol banduan wanita. Malah, organisasi pengganas seperti ISIS turut mengamalkan kaedah ini. Rogol merupakan hukuman paling lama yang pernah wujud.




9.Tali pinggang kesucian

Walaupun tali pinggang kesucian tidak semestinya digunakan sebagai alat penyeksaan, ia masih dianggap sebagai suatu kaedah hukuman. Mereka ini biasanya menjadi mangsa golongan suami atau bapa yang angkuh. Alatan ini berasal dari perang salib, bertujuan mencegah kes rogol. Mengikut rekod, tali pinggang ini pertama kali diguna pada tahun 1405 di Florence. Pelbagai jenis alatan ini juga diguna sehingga tahun 1930.

Tali pinggang kesucian digunakan untuk menghalang sebarang aktiviti seksual. Tali pinggang logam ini disambungkan dengan bahagian pelvis mangsa, yang hanya boleh dikeluarkan oleh individu lain. Kadangkala, bukaan yang menutupi lubang alat sulit mempunyai paku yang menghadap ke dalam. Paku ini akan mengoyakkan alat sulit lelaki yang dungu untuk cuba melakukan perkara tidak senonoh dengan wanita yang memakai alatan ini.





10. Spanish Donkey

"Spanish donkey" juga dikenali sebagai "kuda kayu" atau "chevalet" dalam bahasa Perancis. Ia digunakan untuk memotong separuh tubuh mangsa menerusi alat sulitnya. Ia wujud ketika zaman pertengahan, sewaktu Pasitan Sepanyol. Banduan persekutuan semasa berlakunya perang saudara juga menggunakan alatan ini.

"Spanish donkey" mengandungi baji segitiga yang tajam, disokong oleh dua atau empat kaki. Mangsa akan dipaksa untuk duduk di atas alatan ini dalam keadaan terkangkang. Ia dilitupi oleh paku, bagi memotong pangkal paha mangsa dengan mudah. Beban juga boleh dipasang di bahagian kaki mangsa. Dengan itu, bucu segitiga tersebut menggali dengan lebih dalam, sehingga memotong organ mangsa.


LikeShow More Reac