Tuesday, 8 December 2020

TELAGA HANG TUAH DI KAMPUNG KRISEK, PATTANI SELATAN.

 Artikel asal: Tengku Daeng Mawelle



Gambar yang diperlihatkan bukan keadaan asal telaga Hang Tuah, tetapi tempatnya adalah asli. Supaya keadaannya lebih terpelihara dan bersih, dibina kepungan supaya telaga ini kelihatan kemas dan cantik. Menurut cerita orang tua-tua telaga ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau melanda.


Airnya tetap bersih, segar dan nyaman.
Tidak jauh dari telaga ini ada Masjid Krisik dan bekas tapak istana Kerajaan Melayu Islam Patani Darussalam. Dikatakan ketika Hang Tuah mencari lokasi yang ada mata air , Hang Tuah menggunakan ilmu firasatnya dengan membaling kerisnya. Dimana kerisnya terpacak, disitulah dia menggali lubang untuk mencari mata air dan dibuat telaga.


Tujuan utama Hang Tuah menggali telaga ini kerana berhubung kait dengan soal keselamatannya. Ini kerana pihak musuh terutamanya Siam akan melakukan apa sahaja muslihat untuk membunuh Hang Tuah termasuklah diracun sumber makanan dan minumannya. Sebagai langkah keselamatan, Hang Tuah menggali telaganya sendiri untuk mendapatkan sumber air buat keperluannya dan rombongannya.


Teringat pula dialog Ar Tompel dalam filem Nasib Do Re Mi..
"Telaga Hang Tuah Ada Di Mana-mana"