Tuesday, 8 December 2020

Kisah Pemuda Kanada Melarikan Diri Ribuan Batu Dari Rumahnya Selepas Mendakwa Dikejar Oleh "Seseorang"👑

 Pada tahun 1996, seorang pemuda bernama Blair Adams berusia 32 tahun berasal dari British Columbia, Kanada tiba-tiba menujukkan perilaku aneh seminggu sebelum kematiannya. Dia mendakwa ada seseorang sedang cuba untuk membunuhnya.



Ketakutan yang dialami Blair membuatnya melakukan banyak perkara-perkara ganjil antaranya mengeluarkan seluruh wang dari akaun bank nya lalu melarikan diri ke merata tempat di Amerika Syarikat.

Pada 5 Julai 1996, Blair tiba-tiba mengeluarkan semua wang dalam akaunnya berjumlah 4 ribu dolar. Bukan hanya itu, dia juga mengosongkan kotak simpanannya di bank yang berisi barang berharga seperti wang tunai, perhiasan, dan jongkong emas.

Blair mengatakan kepada ibunya dan rakan-rakannya bahawa ada seseorang ingin membunuhnya. Namun bagi keluarga dan rakan-rakannya, ketakutan itu hanyalah halusinasinya sahaja. Selain itu dia mengaku telah berhenti kerja dan tidak mahu lagi tinggal di apartemennya.

Pada 8 Julai selepas memandu Chevrolet miliknya, dia berusaha menyeberangi menggunakan kapal feri dari Victoria, Kanada ke Seattle, Amerika Syarikat. Namun setibanya dia di pos imigresen, petugas di sana berasa curiga terhadapnya.

Blair yang kelihatan seperti paranoid ditambah pula dengan wang berjumlah sangat besar yang dibawanya menampakkan seperti dia sedang terlibat dalam urusniaga dadah.

Oleh kerana Blair nampak mencurigakan,
petugas imigresen kemudian menolak pemohonannya untuk masuk ke Amerika Syarikat. Namun, usaha Blair tidak terhenti di situ.

Pada pagi 9 Julai, pegawai imigresen sekali lagi menangkapnya yang cuba melintasi sempadan secara haram. Blair meninggalkan keretanya lalu berjalan kaki meredah semak-semun di tengah malam. Kelihatan terdapat luka-luka di kaki Blair akibat usahanya itu.

Tindakan Blair ini sudah tentu membuat petugas imigresen kembali curiga. Namun mereka tidak punya bukti serta tuduhan apapun untuk menangkapnya sehingga merekapun melepaskannya.

Blair kemudian memutuskan pergi ke lapangan terbang Vancouver, Kanada dan menyewa sebuah kereta Nissan Altima. Usahanya kali ketiga untuk melintasi sempadan kali ini berhasil dan dia tiba di Seattle, Amerika Syarikat.

Lapangan Terbang Dulles, Washington D.C.
Setelah tiba di Amerika, dia segera menuju ke lapangan terbang Seattle dan memesan tiket ke Frankfurt, Jerman. Blair memiliki seorang kekasih di sana. Namun keanehan terjadi lagi. Entah apa alasanannya, Blair kemudian membatalkan tiketnya itu lalu menggantinya dengan tiket sekali jalan ke Washington D.C.

Setelah tiba di lapangan terbang Dulles, Washington D.C. pada 10 Julai, dia menyewa sebuah kereta Toyota Camri dan melakukan perjalanan selama 7 jam ke Knoxville, negeri bahagian Tenneseee.

Semasa tiba di Virginia, keretanya mengalami kemalangan kecil sehingga dia terpaksa berhadapan dengan seorang polis. Walaupun tidak ditangkap, perilaku Blair pada masa itu menarik perhatian polis tersebut yang mengatakan bahawa Blair kelihatan sangat terburu-buru. 

(lebuhraya menuju ke Timur Knoxville dalam negeri Tenneseee)

Blair kemudian tiba di sebuah stesen minyak di Knoxville, namun sesuatu yang ganjil terjadi lagi. Seorang pekerja stesen minyak pada malam itu menghampirinya kerana dia kelihatan kebingungan di tempat parkir. Setelah pekerja itu menanyakan "ada apa", Blair menjawab yang dia tidak boleh menggunakan kunci keretanya.

Pekerja itu berusaha membantunya namun kemudian menyedari bahawa kunci yang dipegang Blair itu bukanlah kunci keretanya. Kunci itu adalah kunci kereta Nissan Altima yang disewanya untuk menyeberangi dari Kanada ke Seattle sedangkan keretanya pada masa itu adalah Toyota Camri yang disewanya di Washington D.C. Ketika ditanya dimana kunci toyota-nya, Blair menjawab kuncinya itu sudah hilang. 

Hotel Fairfield Inn yang sepatutnya Blair bermalam

Kerana kehilangan kunci keretanya, Blair kemudiannya dihantar oleh seseorang dengan menaiki sebuah kereta dan Blair diturunkan di sebuah Hotel bernama Fairfield Inn. Di sana, gelagatnya masih ganjil. Blair memesan sebuah bilik dan membayarnya tunai dengan wang 100 $. Namun setelah itu dia seperti terpandang sesuatu di luar Hotel.

Blair kemudiannya keluar bagi memastikan apa yang dilihatnya. Sebuah kamera CCTV berjaya merakam perilaku paranoidnya itu. Selama 40 minit, Blair sekadar keluar masuk lobi Hotel itu sebanyak lima kali tanpa tujuan yang jelas.

“dia sangat terlihat gugup, ketakutan, seolah-olah cemas akan ada seseorang yang datang untuk menyakitinya padahal tak ada seorangpun di sana.” ujar seorang resepsionis Hotel yang menyambutnya.

Blair kemudian pergi dari Hotel itu begitu saja. Dia tidak pernah masuk ke biliknya dan tidak pernah kembali lagi ke Hotel tersebut dan saat itulah kali terakhir dia dilihat masih hidup. 

Blair Adams ditemukan mati di sebuah tapak pembinaan di 7471 Crosswood Boulevard. Kini Hotel Travelodge

Pada 11 Julai sekitar jam 9 pagi, dua orang yang sedang ke tempat kerja sambil melalui kawasan parkir di seberang Hotel itu begitu terkejut apabila menemukan mayat seorang lelaki terbujur kaku di sana. Lelaki itu adalah Blair Adams yang tetap mati walaupun telah berusaha untuk melarikan dari ribuan kilometer dari rumahnya.

Tubuhnya setengah telanjang, dompetnya terletak di sisinya dengan isi didalamnya termasuk kad bilik Hotelnya. Tidak hanya itu, kunci keretanya yang hilang kini ditemukan bersama mayatnya dan segala barang-barang beharganya juga tidak diambil. Satu demi satu perkara aneh ditemukan oleh pihak polis hingga menimbulkan lebih banyak pertanyaan.

Forensik mendapati penyebab kematian Blair akibat dipukul oleh benda tumpul di bahagian perut hingga menyebabkan luka dalaman. Namun, senjata pembunuhan itu tidak pernah dijumpai. Tangan Blair pula menggenggam sehelai rambut yang mungkin milik pembunuhnya, namun teknologi DNA pada masa itu tidak banyak membantu.