Wednesday, 20 December 2017

Trojan horse

Trojan Horse
Nampak kuda besar tu tak? mesti ada citer ni. Kisah ini dari hikayat Greek lama yang dikarang oleh sasterawan terkenal Greek purba iaitu Homer. Kisah Trojan Horse ni adalah salah satu kisah hebat yang terdapat di dalam bukunya iaitu Iliad, Ada yang kata ianya hanya mitos dan ada pula yang mengatakan ianya adalah sejarah purba kerana terdapat tanda2nya sehingga ke hari ini.
Kisah ini berlaku kalau mengikut kata pakar2 sejarah, lebih kurang 3000 tahun yang lalu. Kira sezaman dengan 'Egypt Old Kingdom'. Di Greek purba, terdapat pelbagai kerajaan kota dan yang terkuat ialah Mycenae dan Sparta. Raja yang memerintah Mycenae ni ialah Argamemnon. Boleh dikatakan hampir kseluruhan Greek berjaya disatukan dibawah Mycenae kecuali kerajaan Athens (Athens ni kuat juga terutama naval forces). Kemudian Mycenae ni ada jajahan takluknya dan juga kerajaan2 yang membayar ufti kepada Argamemnon. Salah satu kerajaan sahabat (bayar ufti ) ialah sebuah kerajaan kaya iaitu Troy.
Troy ni letaknya di Dardanelles, Turki sekarang ni. Ok, apa kaitan dengan kuda besar tu? Ok kita mulakan kisah, Argamemnon telah menjemput wakil2 seluruh wilayah di bawahnya untuk datang ke Mycenae untuk satu majlis keraian kerana Mycenae telah menang besar dalam satu peperangan. Kerajaan Troy telah menghantar 2 puteranya iaitu Hector dan Paris. Kesemua mereka berkumpul di situ dan celebrate apa2 yang patut, Kemudian adik Raja Argamemnon iaitu Manelaus yang juga Raja Sparta telah tiba dimajlis tersebut dengan isterinya yang jelita, namanya ialah Helen.
Semua mata tertumpu ke arah Helen. Tetapi ada seorang putera ni, tumpuan dia luarbiasa, dia dah jadi asyik masyuk apabila melihat Helen, putera yang dmaksudkan ialah Paris, adik kepada Hector dari kerajaan Troy. Paris telah berazam walau macam mana pun dia mesti nak dapatkan Helen ni. Rupa2nya Paris telah berjaya menambat hati Helen. Helen pun suka (Helen sebenarnya tertekan bersuamikan Manelaus yang zalim ni). Jadi mereka berdua membuat rancangan unutk melarikan diri menaiki kapal ke Troy tanpa pengetahuan Hector.
Dipendekkan citer, mereka berjaya sampai ke Troy. Raja Troy, Hector dan menteri2 sungguh terkejut. mereka suruh Paris hantar balik Helen tapi Paris berkeras membantah. Ndak tak nak Raja Troy terimalah jugak Helen. Di Mycanea, Argamemnon dan Manelaus dah tahu Helen dilarikan Paris. Kerajaan Mycenae dan Sparta menggembelingkan sebanyak seribu buah kapal (galley) nak pi attack Troy. Ada pepatah Inggeris yang berbunyi, "A face could launch a thousand ship" Kisah Helen inilah. Serangan ni berlaku lebihkurang pada tahun 1194 SM dan ianya berlangsung selama 10 tahun hingga 1184 SM.
Selepas mendarat, Mycenae dan Sparta cuba menyerang berkali2 ke atas Troy tetapi gagal kerana kubunya yang begitu kuat. Troy pula mempunyai barisan pemanah terhandal. Selama 10 tahun mereka mencuba tetap gagal, akhirnya timbul satu idea dari Mycenae. Mereka membuat satu kuda kayu yang cukup besar dari kayu kapal2 galley mereka.dan keseluruhan armada bergerak meninggalkan pantai Troy. Ianya seperti hadiah menang peranglah kepada kerajaan Troy. Peninjau Troy kemudiannya mengesahkan terdapat sebuah kuda kayu besar di pantai dan tiada lagi kapal2 musuh berlabuh.
Tentera Troy kemudiannya membawa kuda tu masuk ke kubu dan rakyat Troy berpesta meraikan kemenangan mereka. Rupa2nya ianya adalah satu perangkap bagi Troy. Terdapat 20 orang askar Greek di dalam kuda kayu tu. Pada malam hari setelah semua tertidur kepenatan akibat pesta, askar Greek keluar dari kuda tu dan terus membuka pintu besar kubu Troy. Sebenarnya armada Mycenae dan Sparta tidak pulang ke Greek, mereka sebenarnya berlindung di sebuah lagun dan akan menyerang Troy bila pintu kubu dibuka.
Setelah dibuka maka berduyun duyunlah tentera Greek masuk ke kota Troy dan massacre pun berlaku, Kota Troy musnah teruk, Keseluruhan tentera Troy hancur dan Raja Troy sendiri terbunuh. Walaubagaimanapun terdapat juga rakyat Troy yang terselamat dan mereka melarikan diri hingga ke Italy, Ini termasuklah punca peperangan ini berlaku iaitu Paris dan Helen. Dan adalah dipercayai, mereka inilah nenek moyang kepada bangsa Roman yang akan mendominasi eropah dan lautan Mediterranean pada kemudian hari. Ingat filem Troy? Ingat Brad Pitt jadi Achilles?
Gambar - Gambaran pelukis Tojan Horse, banyak versi sebenarnya lukisan kuda trojan ni.

SEJARAH KEKEJAMAN TERHADAP KAUM WANITA YANG PERNAH BERLAKU

Menurut sejarah, kaum wanita pernah diseksa oleh golongan lelaki berkuasa menerusi cara yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Perlakuan ini mempunyai tujuan tertentu seperti menindas seksualiti, menghilangkan hak bersuara dan menuruti piawaian kecantikan yang ditetapkan. Oleh sebab bimbang akan kebebasan wanita mampu mempengaruhi falsafah kehidupan mereka, kaum lelaki sanggup berbuat apa sahaja demi mematahkan semangat dan membuatkan wanita patuh kepada mereka.

Belai bulu ketiak untuk meneruskan bacaan

Credit: iluminasi

1. Pengoyak payudara 

Mendengar namanya sahaja sudah cukup mengerikan. Instrumen ini terdiri daripada dua serampang besar dengan pengais yang tajam. Ia mampu mengoyak payudara dan mencabut tisu dari badan mangsa. Kadangkala, serampang tersebut turut dipanaskan bagi menandakan tubuh ibu yang belum berkahwin dan wanita yang berzina.

Penggunaan alatan ini dihentikan semasa zaman pertengahan. Namun, ISIS telah menggunakannya pada zaman moden sebagai hukuman buat wanita Syria yang menyusukan anak di tempat awam.



2. Kekangan scold

Pada zaman pertengahan, ini adalah cara paling mudah untuk para suami membuatkan isteri mereka berhenti berleter. "Scold" merujuk kepada wanita yang suka bergosip atau terlalu banyak mengeluh. Pada zaman itu, aktiviti bergosip ditakuti suatu kerja syaitan.

Mengikut rekod, alatan ini pertama kali diguna pada abad ke-16, dimana sebuah topeng besi dikunci pada kepala mangsa. Paku juga boleh diletakkan di atas lidah, membuatkan mangsa tidak mampu bercakap melainkan dalam keadaan yang teramat sakit. Hukuman jenis ini melibatkan penderaan dari segi psikologi. Mangsa yang terlibat akan dimalukan secara terbuka dengan diarak di seluruh bandar memakai alatan ini, sambil penonton mengutuk dan meludah ke arahnya.



3. Memotong separuh badan dengan gergaji

Hukuman ini menggantung mangsa secara terbalik dan memotong separuh tubuhnya bermula daripada alat sulit. Kaedah penyeksaan ini digunakan semasa zaman pertengahan sebagai cara ekonomi untuk memberikan kesan sakit yang dahsyat, tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Dua pelaksana tiada perikemanusiaan akan mengendalikan gergaji yang biasanya digunakan untuk memotong batang pokok.

Mangsa yang terlibat dengan amalan sihir, penzinaan dan kata-kata nista akan digantung dalam keadaan kaki terkangkang luas. Mangsa dibiarkan sedar semasa tubuh mereka dipotong dan darah mengalir ke kepala. Proses ini berlangsung selama berjam-jam, sebelum pelaksana hukuman ini akhirnya memotong separuh keseluruhan tubuh mangsa. Mereka juga berhenti di bahagian abdomen mangsa untuk membuatkan si mangsa lebih terseksa.




4. Buah pir kesengsaraan

Alat seksaan ini digunakan ketika zaman pertengahan, iaitu menghampiri abad ke-17. Namanya diambil kerana persamaan bentuknya dengan buah pir. Instrumen logam ini dibahagikan kepada empat segmen berbentuk kelopak yang terbuka. Untuk membukanya, tuil skru gabus dipalingkan pada hujung yang bertentangan. Mangsa utama adalah wanita yang melakukan perbuatan sihir dan pengguguran bayi. Ianya dimasukkan ke dalam alat sulit dan akan terbuka secara perlahan-lahan, merobek organ pembiakan si mangsa.

Alat ini juga digunakan terhadap mereka yang mengamalkan hubungan homoseksual. Buat mereka yang mengamalkan ajaran sesat, ia diubah suai untuk dimasukkan secara paksa ke dalam mulut pesalah. Ia juga diperluaskan sehingga memecahkan tulang rahang mangsa.




5. Dibakar di Stake

Cara membakar sehingga mati adalah bentuk hukuman klasik yang sering digunakan untuk wanita yang terlibat dengan amalan-amalan seperti sihir, ajaran sesat dan pengkhianatan. Kaedah ini popular di England dari abad ke-15 sehingga 18. Namun, sebenarnya tiada sesiapa yang pernah dibakar semasa "Percubaan Penyihir Salem" di tanah jajahan Amerika.

Sekiranya tidak pengsan akibat tersedut asap, mangsa dianggap sebagai tidak bernasib baik. Ini kerana mangsa akan merasai penderitaan dihukum mati dengan cara yang lebih menyakitkan. Pertama sekali, mereka akan menggeliang-geliut dalam kesakitan, dimana epidermis retak terbuka. Kemudiannya, api akan membakar lapisan lemak mereka. Mangsa berasa sedikit lega apabila api merosakkan saraf kulit dengan teruk sehingga mereka tidak 
lagi mampu berasa sakit.



6.Baling batu

Baling batu atau rejam adalah salah satu bentuk hukuman,Ia melibatkan sekumpulan orang membaling batu secara berterusan ke arah kepala mangsa di tempat awam. 

Ia dihidupkan semula di Iran selepas revolusi pada tahun 1980. Mangsa terdiri daripada mereka yang berzina. Ahli keluarga mereka juga adakalanya bertindak sebagai pelaksana dalam kes melibatkan pembunuhan. Si keluarga membunuh mangsa demi menjaga maruah.

Sebagai persediaan, lubang yang sempit dan dalam digali. Wanita berkenaan kemudiannya diikat dan dimasukkan ke dalam tanah sehingga paras leher, dimana cuma kepalanya sahaja yang terdedah. Kemudian, sekumpulan pelaksana lelaki akan membaling batu ke arahnya sehingga mati.


Pada hari ini, sejumlah 15 negara masih mengamalkan kaedah ini, termasuk Nigeria, Sudan, Iran dan Pakistan. Pada Februari 2016, dua gadis remaja dihukum mati dengan cara ini di Syria, selepas dua lelaki dijumpai di dalam rumah mereka. Kedua-dua lelaki tersebut disebat sebanyak 50 kali



8. Perkahwinan Republik

Idea penyeksaan sebegini melibatkan wanita suci seperti biarawati, yang diikat bersama lelaki lain tanpa sebarang pakaian. Mereka kemudiannya dicampak ke dalam sungai. Kaedah penyeksaan ini banyak digunakan terhadap imam dan biarawati semasa pemerintahan keganasan dan Perang Revolusi Perancis. Aktiviti ini berlaku di Nantes, Perancis antara tahun 1793 dan 1794, diperintahkan oleh Jean-Baptiste Carrier. Jika mangsa tidak dilemaskan, orang ramai akan berkumpul dan mengejar mangsa dengan pedang.




7.Seksaan seksual dan rogol

Mengikut sejarah, rogol turut digunakan sebagai salah satu cara penyeksaan. Contohnya, semasa "Pembunuhan Nanking", askar Jepun merogol dan membunuh ribuan wanita berbangsa Cina.

Kaedah ini juga digunakan untuk memaksa para banduan mengaku atas kesalahan jenayah mereka. Amnesty International mendapati ia digunakan secara rutin dalam penjara di negara Mexico. Penjara di Iran juga didakwa memukul dan merogol banduan wanita. Malah, organisasi pengganas seperti ISIS turut mengamalkan kaedah ini. Rogol merupakan hukuman paling lama yang pernah wujud.




9.Tali pinggang kesucian

Walaupun tali pinggang kesucian tidak semestinya digunakan sebagai alat penyeksaan, ia masih dianggap sebagai suatu kaedah hukuman. Mereka ini biasanya menjadi mangsa golongan suami atau bapa yang angkuh. Alatan ini berasal dari perang salib, bertujuan mencegah kes rogol. Mengikut rekod, tali pinggang ini pertama kali diguna pada tahun 1405 di Florence. Pelbagai jenis alatan ini juga diguna sehingga tahun 1930.

Tali pinggang kesucian digunakan untuk menghalang sebarang aktiviti seksual. Tali pinggang logam ini disambungkan dengan bahagian pelvis mangsa, yang hanya boleh dikeluarkan oleh individu lain. Kadangkala, bukaan yang menutupi lubang alat sulit mempunyai paku yang menghadap ke dalam. Paku ini akan mengoyakkan alat sulit lelaki yang dungu untuk cuba melakukan perkara tidak senonoh dengan wanita yang memakai alatan ini.





10. Spanish Donkey

"Spanish donkey" juga dikenali sebagai "kuda kayu" atau "chevalet" dalam bahasa Perancis. Ia digunakan untuk memotong separuh tubuh mangsa menerusi alat sulitnya. Ia wujud ketika zaman pertengahan, sewaktu Pasitan Sepanyol. Banduan persekutuan semasa berlakunya perang saudara juga menggunakan alatan ini.

"Spanish donkey" mengandungi baji segitiga yang tajam, disokong oleh dua atau empat kaki. Mangsa akan dipaksa untuk duduk di atas alatan ini dalam keadaan terkangkang. Ia dilitupi oleh paku, bagi memotong pangkal paha mangsa dengan mudah. Beban juga boleh dipasang di bahagian kaki mangsa. Dengan itu, bucu segitiga tersebut menggali dengan lebih dalam, sehingga memotong organ mangsa.


LikeShow More Reac

Sumpahan Mahsuri

SUMPAHAN MAHSURI



Dikatakan, kisah Mahsuri yang sinonim dengan Pulau Langkawi, berlaku sekitar pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) di Kedah, yang mana pada waktu itu, ibu bapa Mahsuri yang bernama Pandak Mayah dan Endak Alang baru saja berhijrah ke Langkawi dari Selatan Thailand, demi mencari masa depan yang lebih baik.

Kelahiran Mahsuri itu sendiri disulami dengan keajaiban apabila dikatakan sebenarnya Pandak Mayah dan Endak Alang tidak mempunyai anak walaupun telah lama berkahwin. Namun pada suatu hari, Pandak Mayah menemui kerak nasi yang mengeluarkan bunyi seakan bayi menangis sewaktu berehat setelah mengerjakan sawah. Kerak nasi tersebut dicampur sedikit dengan nasi yang ditanak, dan untuk berberapa lama, akhirnya Endak Alang hamil. Dan sewaktu Mahsuri dilahirkan dikatakan padi menguning seakan emas yang berkilauan. Kehadiran Mahsuri dalam kehidupan pasangan miskin itu membuka pintu rezeki yang luas apabila Pandak Mayah menemui lubuk kemenyan dan juga sarang burung layang-layang, yang kemudiannya menjualnya kepada pedagang-pedagang Cina dari Pulau Pinang. Sejak dari itu kehidupan tiga beranak itu berubah dan Pandak Mayah mula digelar Orang Kaya Pandak Mayah.

Mahsuri dididik dengan segala nilai seorang gadis melayu sejati, pelajaran agama yang cukup serta dikatakan juga Mahsuri diajar bersilat demi mempertahankan diri. Akhirnya Mahsuri membesar sebagai seorang dara pingitan yang menjadi sebutan dan rebutan kerana sifatnya dan tentunya kejelitaannya yang dikatakan cukup luar biasa. Kemahsyuran Mahsuri bukan setakat terbendung di Kampung Mawat dan Mukim Ulu Melaka-tempat tinggalnya, malah seluruh Pulau Langkawi. Namun selain dari kemahsyuran yang disebut orang, sedikit sebanyak membuahkan rasa iri hati terutamanya di kalangan kaum wanita, yang tidak senang melihat kebanyakan lelaki memuji-muji Mahsuri.

Ini termasuklah Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya, Penghulu Langkawi iaitu wakil Sultan Kedah di Langkawi. Dan pastinya mengundang rasa resah yang meluap-luap dari isterinya, Wan Mahora. Rasa amarah membara apabila Wan Mahora mendapat tahu yang suaminya menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri sebagai isteri kedua. Namun, Wan Darus, adik lelaki tunggal Wan Yahya juga menyimpan hasrat untuk memperisterikan Mahsuri. Demi mengelakkan rumah tangganya goyah, memandangkan Wan Yahya adalah pembesar di pulau itu, Wan Yahya merestui akan niat Wan Darus, walaupun dalam diam Wan Yahya masih menyimpan keinginan terhadap Mahsuri.

Majlis perkahwinan berlangsung dengan secara besar-besaran dan penuh meriah. Wan Mahora menerima Mahsuri sebagai iparnya walau pun jauh disudut hati, cemburu masih ada. Maka, bermulalah kehidupan Mahsuri sebagi isteri kepada Wan Darus dan dalam pada masa yang sama menyebabkan kekecewaan di hati kebanyakan lelaki yang gagal memilikinya, dan juga wanita, tentunya kerana kejelitaan yang dimiliki Mahsuri dan bersuamikan Wan Darus, yang dikatakan juga seorang pahlawan yang gagah perkasa serta tak kurang tampannya.

Namun dalam pada masa yang sama hubungan Kedah dan Siam bertambah keruh. Siam mula menakluki utara Kedah, menyebabkan perang berlaku. Baginda Sultan memerintahkan tentera dikerah dari setiap ceruk rantau negeri Kedah demi mempertahankan negeri. Dan dalam pada masa yang sama Mahsuri sedang hamil anak yang sulung. Datuk Pekerma Jaya memeperintahkan orang-orang Langkawi dikumpulkan untuk membantu tentera Kedah yang sedang berperang dan ini termasuklah Wan Darus.

Dengan hati yang berat Mahsuri terpaksa melepaskan suaminya yang tercinta pergi, tambahan pula Mahsuri seperti dapat merasakan yang beliau seperti tidak akan dpat berjumpa suaminya lagi. Untuk menghilangkan rasa rindu terhadap suami, Mahsuri berpindah ke rumah ibu bapanya, tambahan pula beliau sedang sarat mengandung. Setelah cukup sembilan bulan sepuluh hari, maka lahirlah tanda cinta antara Mahsuri dan Wan Darus, seorang bayi lelaki yang dinamakan Wan Hakim.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Kedamaian hidup Mahsuri bakal berubah apabila seorang pendatang tiba berlabuh di pantai Langkawi, seorang lelaki muda bernama Deramang. Deramang dikatakan berasal dari sebuah tempat bernama Batu Bara di Acheh. Beliau mendapat perhatian oleh ayah Mahsuri, Pandak Mayah dan beliau ditawarkan bekerja untuknya membantu bercucuk tanam dan bertani. Namun selain dari rajin dan gigih, Deramang memiliki bakat semulajadi yang luar biasa iaitu kebolehan berdendang dan bersyair. Kebolehannya itu menarik perhatian penduduk setempat berkumpul dirumah Pandak Mayah hampir setiap malam, dan dengan ini menaikkan nama Mahsuri sekeluarga.

Kemahsyuran melimpah ruah yang diperolehi oleh Mahsuri itu ternyata tidak disenangi sesetengah orang, yang tentunya iparnya sendiri, Wan Mahora yang telah sekian lama menyimpan rasa dendam dihati. Tambahan pula kedudukannya sebagai isteri pembesar mula dilupakan orang, berbanding iparnya sendiri, Mahsuri. Iri hati yang telah lama tersimpan bertukar menjadi luka yang bernanah dan Wan Mahora mengambil keputusan, sampai masa Mahsuri harus menerima balasan! Sesuatu rancangan sedang bercambah dalam pemikirannya...

Wan Mahora memerhatikan keakraban Mahsuri dan Deramang dan disitu, beliau melihatnya sebagai peluang yang tak patut dilepaskan. Isteri pembesar itu membisikkan kata-kata racun kepada suaminya Datuk Pekerma Jaya Wan Yahya. Pada mulanya Wan Yahya tidak mengendahkan tapi apabila sudah tidak mampu menahan asakan, Wan Yahya bertindak untuk memerhatikan tindak-tanduk Mahsuri. Rancangan Wan Mahora berhasil apabila kebetulan suatu hari Deramang dilihat naik ke rumah Mahsuri yang tanpa disedari Deramang hanya diminta untuk menjaga anak Mahsuri, Wan Hakim, sementara Mahsuri berada di bendang. Lantas, Datuk Pekerma Jaya memerintahkan orang-orangnya, diketuai oleh Panglima Hitam, menangkap Mahsuri. Mahsuri diseret ke Balai Adat di sebuah tempat bernama Padang Mat Sirat untuk diadili bersama-sama Deramang. Dan tanpa diberi peluang untuk membela diri, Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh! Wan Mahora dalam diam tersenyum puas...

Pandak Mayah dan Endak Alang terperanjat dengan apa yang dikhabarkan orang mengenai anaknya lantas bergegas menuju ke Padang Mat Sirat demi membela Mahsuri. Pandak Mayah menawarkan segala emas, kerbau dan segala harta kekayaannya demi nyawa puteri tunggalnya namun ditolak mentah oleh Datuk Pekerma Jaya, dengan alasan, dosa yang dilakukan Mahsuri-bermukah dan melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain tidak dapat diampunkan. Mahsuri dibawa ketempat hukuman dan diikat di sebatang pokok. Deramang cuba menentang namun berjaya dia dibunuh oleh orang-orang Datuk Pekerma. Dan kini tiba masa giliran Mahsuri.

Tempat hukuman tersebut dipenuhi oleh orang kampung yang ingin menyaksikan hukuman yang bakal diterima oleh Mahsuri. Pandak Mayah dan Endak Alang masih belum putus asa masih terus cuba merayu dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora demi nyawa Mahsuri dan anaknya yang baru berusia dua bulan dan masih menyusu. Namun langsung tidak mendapat simpati dari pembesar itu. Padanya, aib yang dilakukan Mahsuri terlalu besar dan memalukannya sebagai ipar kepada Mahsuri. Sebatang tombak ditikam ke badan Mahsuri tapi dengan kuasa Allah, amat mengejutkan semua mereka yang berada ditempat hukuman, tombak tersebut langsung tidak dapat menembusi malah melukakan tubuhnya! Keadaan ini memaksa pertanda menikam Mahsuri bertubi-tubi. Ini menjadikan keadaan bertambah kalut, dan pastinya mencemaskan Wan Mahora, seandainya peristiwa aneh ini akan dapat membuktikan yang Mahsuri tidak bersalah pastinya akan mengundang aib kepadanya. Lantas Wan Mahora menyeksa Mahsuri demi memberitahunya akan rahsia bagaimana hendak membunuh Mahsuri.

Mahsuri yang terlalu lemah dan tidak bermaya sudah tidak mampu menahan seksaan dari Datuk Pekerma dan Wan Mahora, lantas dengan berat hati yang teramat sangat terpaksa memberitahu akan sebuah rahsia keluarga yang telah lama terpendam. Seorang utusan dititahkan bergegas ke Kampung Mawat, untuk mendapatkan sebilah keris pusaka keluarga Pandak Mayah yang didakwa Mahsuri, satu-satunya senjata yang dapat memutuskan nyawanya. Tanpa membuang masa apabila keris itu berjaya diperolehi, Datuk Pekerma sendiri mengambilnya dan menikam Mahsuri! Tikamannya menembusi rusuk kiri dan buah dada Mahsuri. Dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, menantikan nyawa melepasi kerongkongnya...Mahsuri melafazkan kata-kata yang bakal diingati sepanjang zaman...

" Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya...ssesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!"

Dan lebih memeranjatkan, darah yang mengalir dari luka tikaman itu berwarna putih, membuktikan penganiayaan yang berlaku keatasnya...namun segalanya sudah terlambat. Mahsuri terkulai dan menghembuskan nafas yang terakhir. Kuasa Allah Yang Maha Besar, kilat sabung menyabung dan ribut melanda Padang Mat Sirat. Kejadian yang menyusul kematian Mahsuri membuktikan yang dia tidak bersalah dan orang ramai mula mengutuk tindakan membabi buta yang dilakukan oleh Datuk Pekerma Jaya. Tapi, segalanya sudah terlambat...

Wan Darus pulang ke Langkawi setelah kekalahan tentera Kedah di Kuala Muda namun kekecewaan yang sedang ditanggungnya bertimpa-timpa lagi apabila menerima berita kematian isteri tercinta. Harapan untuk kembali bersama keluarga yang sekian lama dirindui punah dan hancur. Dengan itu, bersama langkah yang berat, Wan Darus mengambil keputusan untuk meninggalkan Langkawi yang sudah tidak lagi menjanjikan kebahagiaan padanya, bersama anaknya Wan Hakim serta kedua ibu bapa mertuanya, Pandak Mayah dan Endak Alang. Tetapi, keadaan masih belum berakhir di Langkawi...

Tentera Siam mara keseluruh pelusuk Kedah, termasuklah Pulau Langkawi, genap tujuh hari selepas kematian Mahsuri. Segalanya punah, hancur dan kematian berlaku dimana-mana. Datuk Pekerma Jaya dibunuh dan dilapah oleh tentera Siam dan mayatnya dicampakkan di Sungai Langkanah. Manakala isterinya Wan Mahora, bersama wanita-wanita Langkawi yang lain, dirogol dan dijadikan hamba abdi oleh tentera Siam. Angkara hasad dengki dan fitnah, Langkawi menerima padah yang terlalu hebat. Penyesalan sudah tidak berguna lagi sebaliknya Langkawi hanya mampu menerima bahana, dan sumpahan Mahsuri kekal menghukum Langkawi untuk tujuh keturunan kemudiannya.

Sumber : Kisah Misteri AlamGhaib Paranormal