Saturday 14 November 2020

Bonggol Unta Tempat Menyimpan Air?








Unta boleh minum 32 gelen atau 116 liter air kurang daripada 15 minit, tetapi bonggol dibelakangnya tidak menyimpan H2O, unta menyimpan lemak disitu.  Ini membolehkan binatang ini mengembara berhari-hari di padang pasir tanpa makanan yang mencukupi.  Unta boleh hidup seminggu tanpa minum air dan berbulan tanpa makanan.  Jangka hayat unta boleh mencapai 40-50 tahun.


Malahan unta dewasa boleh menyimpan sehingga 80 pound lemak didalam bonggolnya, disebabkan itu unta merupakan binatang yang boleh hidup dalam pelbagai iklim atau cuaca kerana lemak yang disimpan membantu mereka untuk hidup di iklim yang lebih dingin walaupun kebiasaanya mereka hidup di iklim yang lebih panas.  Bonggol unta yang kehabisan lemak akan mengempis dan membengkok ketepi.  Unta Dromedari mempunyai satu bonggol manakala unta Bactrian ada dua bonggol.  Sebab utama kenapa unta menyimpan lemak di bonggolnya dan bukan didalam badannya adalah kerana bahagian bonggol merupakan penebat untuk melindungan haiwan ini dari radiasi matahari, menurut kajian oleh Lunds Universiti di Sweden, lemak mengawal haba lebih baik daripada air.  Unta Dromedari mempunyai bulu yang tebal di bahagian punggungnya bagi melindungi mereka daripada panas matahari, manakala bulu yang lebih nipis dibahagian yang lain membolehkan haba untuk keluar.

Selain itu, unta juga memiliki gigi dan rahang yang kuat yang menyebabkan mulut mereka tidak cedera walaupun memakan tumbuhan besar yang berduri yang kebanyakan haiwan akan cedera apabila memakannya.  Majoriti mamalia termasuk manusia akan mengalami dehidrasi apabila kehilangan 15% air dalam Badan, tetapi unta mampu kehilangan sehingga 25% atau sehingga 30-40% air dalam badan sebelum mengalami dehidrasi.

Unta akan mula minum air apabila dehidrasi, tetapi mereka tidak menyimpan air untuk digunakan kemudian.  Badan mereka dicipta untuk menyimpan cecair, mereka jarang sekali kencing dan kencingnya juga sekata.

Unta mempunyai kemampuan untuk berfungsi sehingga 104F dan tidak berpeluh seperti kebanyakan binatang yang lain, yang menurunkan suhu dengan menggunakan air yang terdapat dalam badan mereka.  Pada waktu malam badan unta akan mengeluarkan haba ke udara tanpa menghilangkan air dari badan, mekanisma ini mampu mengekalkan sehingga 5 liter air dalam badan.  Tambahan pula, mamalia ini menggunakan udara untuk menarik dan menghembus nafas bagi mencipta wap air.

Apapun yang anda buat ketika bersama unta, cuba elakkan daripada diludah unta, ludah mereka merupakan campuran saliva dan hasil dalam perut, asasnya adalah muntah mereka.  Mereka akan meludah apabila berasa terancam, kebiasaanya apabila mulut mereka bergerak-gerak itu tandanya mereka mahu meludah.

Unta juga mempunyai pelbagai kelebihan disetiap bahagian badannya seperti bahagian matanya mempunyai dua baris bulu mata, ianya berfungsi sebagai perangkap habuk yang boleh digerakkan secara berselang-seli dengan cepat bagi mengelakkan pasir memasuki mata mereka, selain itu telinga unta adalah lebih kecil berbanding haiwan lain seperti kuda, keldai, dan lembu.  Telinganya juga dipenuhi bulu yang banyak malah kedua-dua telinganya boleh dilekap kedepan mahunpun dibengkokkan kebelakangan untuk melindunginya daripada ribut pasir.  Hidung unta juga mempunyai penutup seperti kelopak yang melindungi pasir daripada masuk ketika ribut pasir.  Unta mempunyai kaki yang panjang bagi membantu mempercepatkan perjalanan, bahagian bawah kaki unta mempunyai tapak elastik yang boleh melebar apabila unta berjalan diatas pasir yang lembut dimana kebanyakan haiwan tidak mampu berbuat demikian, untuk mampu berjalan sehingga 50-60 KM/sejam.  Dengan bahagian lehernya yang panjang berfungsi untuk memakan tumbuh-tumbuhan yang tinggi ia juga membantu menstabilkan badan untuk ketika mereka membawa bebanan yang berat.

Unta merupakan haiwan yang vokal mereka mampu mengolah pelbagai bunyi, dan juga membuat pelbagai gerak isyarat melalui kepala, leher, telinga dan ekor untuk berkomunikasi dengan kumpulan nya.  Mereka juga akan meniup muka antara satu sama lain sebagai tanda perkenalan.  Anak unta yang baru dilahirkan tidak mempunyai bonggol di belakangnya.

Sunday 8 November 2020

In Myanmar People Go to the Polling Place for Elections

 About 7,000 candidates are vying for a total of 1171 national and local seats in the Myanmar election, of which 37 million voters will vote, 5 million for the first time.


After ruling the military in Myanmar for so long, people went to the polls for the second democratic election.

About 7,000 candidates are vying for a total of 1171 national and local seats in the Myanmar election, of which 37 million voters will vote, 5 million for the first time.

More than 90 political parties in the country participated in the election race. The National Unity Party for Democracy (NLD), led by the 75-year-old Myanmar Minister of Foreign Affairs and the Presidency (NLD), and the military-backed Union for Solidarity and Development (USDP) are expected to take a majority.

It is expected that the country's ethnic groups' support for the NLD will diminish in this election, as Aung San Suu Kyi remains silent on human rights violations against the Rohingya and fails to fulfill its constitutional reform promises.

In this case, it is possible that the ruling party lost its parliamentary majority alone and sought a coalition with one of the ethnic-based parties.


Akaun 1 KWSP: K’jaan benar pengeluaran bersasar RM500 sebulan

 




Kerajaan hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkta, pengeluaran itu adalah bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Katanya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.




“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion ringgit. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya.

Selain itu, Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada sembilan peratus mulai Januari tahun depan untuk tempoh 12 bulan.

“Ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.

“KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.