Showing posts with label Bahawa Anda. Show all posts
Showing posts with label Bahawa Anda. Show all posts

Sunday 6 December 2020

6 Tanda Bahawa Anda Sedang Rosakkan Kereta Sendiri!

 

Seringkali kita dengar pemilik kereta terpaksa mengeluarkan kos yang banyak disebabkan masalah-masalah yang dihadapi oleh kereta mereka sendiri. Sebagai contoh, brek tidak berfungsi dengan baik, kereta berhenti di tengah jalan, dan sebagainya.

Oleh itu, dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada anda 6 perkara yang sebenarnya telah memberikan petanda bahawa kerosakan kereta sebenarnya berpunca dari anda sendiri. Apakah tanda-tanda tersebut? Jom kita lihat!

1. Abai Lampu Amaran Pemeriksaan Enjin



Jangan pernah mengabaikan lampu amaran semakan enjin! Hal ini kerana ia merupakan lampu amaran bagi pelbagai sistem yang beroperasi di dalam kereta anda. Ia akan menyala jika terdapat masalah yang dikesan di dalam enjin.

2. Tidak menukar cecair (minyak gear) dan penapis.



Minyak gear meruapakan salah satu aspek penting dalam melincirkan transmisi kereta anda supaya dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Bagi penapis pula, seperti penapis udara, ia berfungsi dalam menyekat benda-benda asing masuk terus ke dalam enjin kereta anda.

3. Mengabaikan penjagaan tayar.



Periksa tayar kereta anda satu per satu. Pastikan ianya seimbang, bunga tayar tidak botak, dan tidak pancit. Oh, jangan lupa untuk periksa angin tayar juga, okay?

4. Membiarkan kereta kotor.



Jika kereta anda terlalu kotor dan berdebu, ia sememangnya berpotensi untuk menghakis bahagian badan kereta anda. Lama-lama nanti boleh jadi berkarat tau!

5. Tidak berdisiplin dalam mengikuti jadual servis kereta.

Bagi membolehkan kereta sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik, anda perlulah mengikuti jadual penyelenggaraan yang telah ditetapkan. Jika anda sering mengabaikannya, kereta anda akan mengalami kerosaka yang teruk di kemudian hari dan akan menelan kos yang lebih banyak untuk menyelenggaranya nanti.

6. Memandu dengan tidak berhemah.



Sikap pemandu juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga sesebuah kereta. Elakkan sikap mementingkan diri sendiri semasa memandu di jalan raya. Patuhi had laju, jaga jarak antara kenderaan lain dan jadi pemandu yang berhemah.

Sememangnya pengabaian dalam menyelenggara kereta dan sikap pemandu itu sendiri boleh menjurus kepada kerosakan kereta pada masa akan datang. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk sentiasa membuat semakan kereta. Jika ada sesuatu yang tidak kena, dapatkan khidmat bantuan di bengkel-bengkel kenderaan.

Sumber Rujukan: Pinterest [Parts Cargo]