Showing posts with label Sejarah Kraken. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Kraken. Show all posts

Friday 3 January 2020

ASAL-USUL KRAKEN

ASAL-USUL KRAKEN

Kraken barangkali raksasa yang terbesar pernah dibayangkan oleh umat manusia. Menurut kisah rakyat Nordik, ia didakwa telah menghantui lautan dari Norway ke Greenland melalui Iceland. Kraken mempunyai ketangkasan dalam menyerang kapal-kapal dan banyak laporan sains palsu termasuk catatan rasmi tentera laut mendakwa ia akan menyerang kapal dengan menggunakan kekuatan lengannya. Jika gagal, raksasa itu akan berenang mengelilingi kapal sehingga membentuk pusaran air untuk menenggelamkan kapal tersebut.
Tentulah, raksasa itu memakan manusia. Legenda mengatakan Kraken akan menelan keseluruhan kapal berserta dengan awak-awaknya sekaligus. Di sebalik reputasinya yang menakutkan, raksasa itu mampu memberikan manfaat: ia telah berenang sambil ditemani oleh sekumpulan ikan yang turun di belakangnya apabila timbul di atas permukaan air. Nelayan yang berani mengambil risiko pergi menghampiri raksasa berkenaan untuk menangkap ikan tersebut.

Sejarah Kraken tercatat pada tahun 1180 oleh Raja Sverre Norwau. Sebagaimana banyak legenda yang lain, Kraken bermula dengan sesuatu yang sebenar, laut mencabar dan berbahaya, menyimpan banyak raksasa di sebalik kedalamannya. Sesiapa yang berjumpa dengan haiwan yang tidak dikenali akan mencipta mitos daripada kisah para kelasi. Justeru, kisah ini tersebar secara meluas.

Kekuatan mitos menjadi sungguh kuat sehinggakan Kraken masih boleh ditemui dalam kajian saintifik moden pertama di Eropah mengenai dunia semulajadi pada abad ke-18. Carl Linnaeus iaitu bapa pengkelasan biologi moden juga tidak kecuali dalam memasukkan Kraken dalam kalangan Moluska Cephalopod dalam edisi pertama Systema Naturae (1735).

Pada tahun 1853, raksasa Cephalopod telah ditemui terdampar di sebuah pantai di Denmark, ahli semulajadi Norway iaitu Japetus Steenstrup menemui paruh haiwan tersebut dan digunakan secara sainstifik untuk merungkai sotong gergasi yang bernama Architeuthis dux. Dan juga legenda ini secara rasminya memasuki cabang sains, menaikkan imej Kraken yang berasal daripada mitos.

Selepas 150 tahun mengkaji sotong gergasi yang menghuni kesemua lautan dunia, terdapat perdebatan sama ada Kraken mewakili satu spesis tunggal ataupun lebih iaitu sebanyak 20. Architeuthis yang terbesar pernah dicatatkan mencapai sehingga 18 meter panjangnya termasuk sesungutnya yang sangat panjang, namun kebanyakan spesimen yang temui sangat kecil. Mata sotong gergasi adalah yang terbesar dalam alam haiwan dan mampu beradaptasi dalam kegelapan laut dalam dari 1100-2000 meter di mana ia duduki.

Sebagaimana spesis sotong lain, Architeuthis mempunyai poket otot yang mengandungi larutan Ammonia yang kurang tumpat daripada air laut. Ini membolehkan haiwan tersebut timbul di bawah air, bermakna ia mampu mengekalkan keseimbangannya tanpa perlu berenang dengan aktif. Kehadiran ammonia dalam ototnya barangkali sebab kenapa sotong raksasa belum dipancing sehingga hampir pupus.

Bertahun-tahun lamanya, ahli sains masih berdebat sama ada sotong gergasi itu pemburu tangkas dan cepat sebagaimana kekuatan legenda pemangsa ataupun pemburu serang hendap. Setelah berpuluh tahun perbincangan, jawapan diterima pada tahun 2005 dengan rakaman filem daripada Pengkaji Jepun yang bernama T. Kubodera dan K. Mori.

Mereka telah merakamkan seekor Architeuthis yang hidup dalam habitat semulajadinya, 900 meter dalam Lautan Pasifik Utara, menunjukkan ianya perenang yang pantas lagikan kuat dengan menggunakan sesungutnya untuk menangkap mangsanya.

Di sebalik saiz dan kelajuannya, Architeuthis mempunyai pesaing dengan pemangsanya iaitu Paus Sperma. Pertarungan antara kedua-dua raksasa itu pastinya kerap berdasarkan bukti penemuan parut sesungut dan lengan sotong yang ditinggalkan pada kulit ikan. Sesungut dan lengan sotong tersebut mempunyai penghisap dipenuhi dengan struktur gigi chitinous yang tajam.

Tetapi, Architeuthis tidak mempunyai otot pada sesungutnya untuk mereka menangkap mangsa dan tidak akan mampu mengatasi seekor Paus Sperma dalam pertarungannya. Pilihan mereka hanya melarikan diri dengan melepaskan dakwatnya.

Walaupun kita tahu ianya bukan sekadar legenda, sotong gergasi itu tetap menjadi haiwan yang terbesar di dunia, serta mempunyai aura misterinya. Ramai orang pada hari ini yang terkejut akan kewujudan makhluk tersebut. Apatahlagi, dengan kajian saintifik yang sungguh banyak, Kraken masih hidup dalam imaginasi terkenal melalui filem, buku dan permainan komputer, walaupun kadangkala menjadi mitologi yang salah, sebagaimana pada tahun 1981 dan 2010; epik Yunani Kuno iaitu “Clash of the Titans”. Wakil tersebut menentukan minda awam: sang raksasa yang mengintai kapal yang tenggelam untuk memakan penyelam yang sedang menyelamatkan dirinya.

RUJUKAN:

The real-life origins of the legendary Kraken. http://theconversation.com/the-real-life-origins-of-the-legendary-kraken-52058