Bluetooth adalah sebuah teknologi yang boleh dijumpai dalam pelbagai peranti. Bermula dengan telefon pintar, alat dengar, tetikus, komputer riba dan banyak lagi.
Pada mulanya,
Bluetooth mula diperkenalkan pada tahun 1994 oleh sebuah syarikat Sweden iaitu Ericsson. Setelah itu,
barulah syarikat gergasi lain seperti IBM, Nokia, Intel dan Toshiba
bersama-sama berganding bahu membentuk SIG atau "Special Interest
Group" pada tahun 1998.
Tahun berikutnya buat
julung-julung kalinya mereka melancarkan Bluetooth versi 1.0 pada bulan Julai
1999. Sebelum kita pergi lebih mendalam, anda harus tahu asal-usul nama
teknologi Bluetooth. Tahukah anda, nama Bluetooth itu diambil sempena raja
pemerintah yang berkuasa di Denmark?
Raja itu bernama King
Harald Blatand yang diterjemah ke dalam bahasa Inggeris menjadi "King
Harold Bluetooth." Kehebatan raja yang memerintah antara tahun 958 hingga
986 ini sering disebut-sebut kerana berjaya menyatukan negara-negara seperti
Denmark, Norway dan Sweden. Maka, dari situlah idea untuk mengambil nama raja
ini kerana karakter Bluetooth juga mampu menyatukan pelbagai gajet pada
satu-satu masa.
Berikut 5 lagi fakta menarik tentang Bluetooth yang anda perlu
ketahui:
1.
Range pada bluetooth
Peranti Bluetooth
adalah salah satu teknologi tanpa wayar yang paling popular. Sebagai salah satu
teknologi wayarles, gajet anda tidak perlu disambungkan menggunakan kabel.
Namun begitu, walaupun tidak dihubungkan dengan kabel, sudah tentu Bluetooth
juga mempunyai batasan dari segi jarak. Secara teori, peranti Bluetooth
mempunyai jarak penerimaan isyarat antara 10 hingga 100 meter.
2.
Bilangan gajet yang boleh disambung
Adakah anda pernah
tertanya-tanya, berapakah bilangan gajet yang boleh disambungkan dengan
Bluetooth pada satu-satu masa, bukan? Bluetooth boleh terus disambungkan kepada
peranti yang sudah dikenali secara automatik. Di samping itu, secara teorinya,
Bluetooth juga mampu menyambungkan sehingga 8 gajet sekali gus.
3.
Jalur lebar (bandwidth) Bluetooth
Jalur lebar merupakan nilai penggunaan pemindahan data yang dikira dari bit sesaat (bps). Sebagai penghubung antara peranti, sudah tentu Bluetooth boleh menghantar data sama ada dalam bentuk imej, video, aplikasi atau fail lain. Jadi, berapakah bandwidth pada sesebuah Bluetooth? Nilai bandwidth pada Bluetooth adalah sekitar 1 hingga 2 megabit sesaat (mbps). Anda tidak perlu lagi memasang dan menukar memori kad atau flash disk. Hanya menggunakan teknologi Bluetooth, anda boleh menghantar fail dengan cepat dan mudah.
4.
Menggunakan frekuensi radio
Teknologi Bluetooth
menggunakan gelombang radio untuk menghantar maklumat dalam jarak dekat, tidak
seperti telefon atau televisyen yang menggunakan isyarat jarak jauh. Pasukan kereta lumba Andretti pernah menggunakan
Bluetooth untuk berkomunikasi antara mereka. Namun, disebabkan gelombang radio
mikro yang digunakan, dikhabarkan penggunaan Bluetooth secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.
5.
Ciri keselamatan
Mungkin anda pernah
terfikir sama ada penghantaran data menggunakan Bluetooth adalah 100% selamat.
Bagaimana pula jika terdapat virus yang menjangkiti data yang dihantar? Jangan
panik. Kini, Bluetooth sudah mempunyai sistem keselamatan yang canggih.
Ciri-ciri keselamatan ini termasuklah penyulitan data, pengesahan pengguna, dan
kawalan penggunaan tenaga.
Sekarang anda sudah
mengetahui beberapa fakta menarik mengenai Bluetooth. Selain lima fakta di
atas, Bluetooth juga mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara kelebihan
Bluetooth yang sangat menarik adalah ia mampu menembusi tembok atau sebarang
halangan fizikal lain, namun dalam keadaan ini jarak transmisinya akan
berkurangan. Selain itu Bluetooth juga boleh digunakan untuk sebagai perantara
modem.
Walau bagaimanapun, antara kelemahan Bluetooth yang paling digeruni
adalah anda tidak dapat memastikan dengan tepat identiti penghantar dan
penerima data ketika menggunakan Bluetooth. Walaupun penggunaan Bluetooth
semakin ditenggelami teknologi wifi, namun ia masih lagi merupakan satu
teknologi yang popular dan digunakan sehingga ke hari ini. Malah, ia juga kini
lazim dipasangkan ke dalam sistem pengangkutan sehingga anda mampu
menyambungkan panggilan telefon atau memainkan MP3 menggunakan pembesar suara
kereta.
Canggih kan?