setiap kali bercuti, destinasi pelancongan seperti pulau-pulau peranginan kerap menjadi pilihan orang ramai yang mahu ditemani pantai dan ombak yang menyegarkan.
Terdapat berjuta-juta
pulau di dunia dengan setiap satunya mempunyai kisah unik dan sejarah misteri
yang sangat menarik untuk dipelajari namun bukan semuanya sesuai untuk
dijadikan kawasan pelancongan komersial disebabkan saiznya yang terhad.
Termasuklah lima pulau
paling kerdil ini yang unik tetapi tak mampu memuatkan orang dalam kapasiti
yang besar.
1. Pulau Just Enough Room, Amerika Syarikat
Seperti namanya, pulau
kecil ini yang terletak di kawasan kepulauan Thousand Islands, New York,
Amerika Syarikat merupakan pulau terkecil di dunia yang berpenghuni.
Saiznya hanyalah
sebesar 3,300 kaki.
Pulau ini pada awalnya
kosong tanpa binaan, sebelum sebuah keluarga bangsawan bernama Sizeland membeli
pulau tersebut pada tahun 1950-an dengan tujuan untuk dijadikan lokasi
percutian, lari dari hiruk piruk kehidupan kota.
Bagaimanapun, binaan
kediaman kecil serta sebatang pokok yang ditanam di situ mula menarik perhatian
pelancong untuk cuba mengunjungi tanah mereka - mengakibatkan suasana damainya
mula terganggu.
2.
Pulau Simping, Indonesia
Dikenali dengan nama
Pulau Kelapa Dua satu masa dahulu, kerajaan Indonesia menukarkan nama pulau itu
kepada Pulau Simping yang terletak di bahagian barat Kalimantan ini.
Berikutan kedudukannya
yang tidak jauh daripada daratan, sebuah jambatan di bina bagi menghubungkan
Pulau Simping - membolehkan orang ramai berjalan kaki ke pulau tersebut untuk
menikmati keunikannya.
Tempat itu kini
dijadikan kawasan rehat, ditemani beberapa batang pokok yang ada. Ada juga
pengunjung yang datang ke situ membawa penyembahan berdasarkan kepercayaan
mereka, memohon agar nasib yang baik melindungi diri dan keluarga mereka.
3.
Pulau Dangar, Australia
Dimiliki oleh orang
asal Australia sebelum penyakit cacar menyebabkan populasi mereka menurun,
pulau ini akhirnya diambil oleh oleh seorang pegawai kerajaan bernama Henry
Cary Dangar sempena nama keluarganya pada tahun 1864.
Telah menjalani proses
pemodenan serta menjadi salah satu tarikan utama pelancongan di kalangan
masyarakat tempatan, kehidupan di Pulau Dangar jauh berbeza dengan hidup biasa
masyarakat Australia.
Pulau tersebut tidak membenarkan penggunaan kenderaan berenjin,
menyebabkan semua pengunjung perlu berjalan kaki atau berbasikal ke mana-mana. Untuk
mengangkut barangan yang tiba di jeti ke bahagian pulau, penduduk di situ
menggunakan kereta tolak.
4.
Pulau Tiber, Itali
Pulau Tiber dikenali
dengan nama Isola Tiberina di kalangan penduduk tempatan, terletak di Rom,
Itali. Pada awalnya, masyarakat di situ membina sebuah kuil bagi menyembah Dewa
Helius yang dipercayai menjaga kesihatan manusia.
Berikutan sejarah itu,
penduduk Pulau Tiber menukarkan tapak kuil tersebut kepada sebuah hospital pada
abad ke 16 dengan pembukaan Hospital Fatebenefratelli serta sebuah gereja,
terletak tidak jauh di sebelahnya.
Teknologi moden
membolehkan pulau kecil sebesar 270 panjang dan 67 meter lebar itu dihubungkan
dengan daratan melalui sebuah jambatan batu. Sehingga kini hospital itu masih
beroperasi.
5.
Pulau Bishop Rock, Britain
Berbanding dengan
kesemua pulau dalam senarai ini, Pulau Bishop Rock merupakan pulau kedua paling
kerdil dari segi saiznya selepas Pulau Just Enough Room. Pulau ini hanya
mempunyai panjang 46 meter dengan lebar 16 meter.
Apa yang unik (dan menakutkan), Pulau Bishop Rock pernah digunakan
sebagai penjara bagi menghukum pesalah, apabila pesalah yang dihukum mati akan
ditinggalkan di pulau tersebut dengan sedikit bekalan roti sebelum dihanyutkan
air.
Selepas beberapa
insiden pelanggaran di antara bot dan pulau tersebut, kerajaan Britain membina
sebuah rumah api pada tahun 1847, sebelum dihanyutkan. Rumah api kedua dibina
siap pada tahun 1858 memudahkan pelayar mengesan kedudukannya.
Disebabkan oleh
saiznya, akses petugas rumah api itu agak sukar kerana tiada tanah untuk
berpijak jadi dia perlu memanjat dan menuruni rumah api itu dengan tali -
dengan bot terikat di atas air.
Bayangkan apa nasib
petugas itu kalau ikatan botnya terlepas?
Kini operasi rumah api
di pulau tersebut dijalankan secara automatik tanpa perlu lagi petugas
menguruskannya, memudahkan urusan membuka dan menutup lampu rumah api
tersebut.
Petugas yang dilantik
kini tidak lagi perlu duduk sendirian di tengah-tengah lautan tanpa teman.