Showing posts with label who is prince. Show all posts
Showing posts with label who is prince. Show all posts

Tuesday, 14 January 2020

Siapakah Prince Of Persia Dalam Sejarah?

Prince of Persia merupakan sebuah francais permainan video yang pada mulanya dihasilkan oleh Jordan Mechner. Pada tahun 2010, permainan video tersebut diadaptasi menjadi sebuah filem aksi-fantasi berjudul Prince of Persia: The Sands of Time. Karakter utama bagi filem tersebut adalah Putera Dastan yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal. Namun, apakah kisah sebenar yang boleh kita ungkapkan di sebalik karakter fiksyen Prince of Persia?


KARAKTER-KARAKTER PARSI DALAM FILEM DAN SEJARAH
Putera Dastan yang ditampilkan di dalam filem ini dicipta berdasarkan suatu karakter yang terdapat di dalam mitologi Parsi, iaitu Rostam Dastan. Perwira mitos Parsi ini pula dapat dijejak asal-usulnya daripada seorang figura sejarah sebenar yang bernama Rostam Farrokhzad, saudara kepada raja Parsi yang bernama Yazdegerd Ketiga merangkap komander pasukan tentera Empayar Parsi. Yazdegerd Ketiga adalah raja ke-38 (dan terakhir) bagi Empayar Sassanid yang memerintah pada tahun 632 sehingga 651 Masehi. Namanya itu membawa maksud ‘dicipta oleh Tuhan’ dan beliau menaiki takhta selepas menghadapi tempoh konflik dalaman yang agak panjang.

Bagi Rostam Farrokhzad, selain daripada menyandang jawatan sebagai ketua tentera, nama beliau juga hidup sebagai karakter di dalam puisi epik Parsi yang berjudul Shahnameh. Rostam  merupakan anggota keluarga Diraja Ispahbudhan, iaitu salah satu dari tujuh buah puak Parthia. Di dalam Shahnameh, beliau diperincikan sebagai seorang yang bijaksana dan gemar berp3rang selain disifatkan sebagai seorang pen4kluk. Beliau adalah penghitung bintang dan lelaki yang memiliki kedalaman fikiran; beliau sentiasa mendengar dengan teliti buah-buah fikiran yang dikemukakan oleh para penasihatnya.

Di dalam Decline and Fall of the Sassanian Empire: The Sassanian-Parthian Confederacy and the Arab C0nquest of Iran, Rostam diperincikan sebagaimana berikut, “Seorang lelaki yang dikurniakan dengan tenaga luar biasa, seorang pentadbir yang berkebolehan dan panglima yang gagah.” Beliau dicatatkan banyak memenangi p3rt3mpuran yang disertainya.

Legenda atau kisah tradisi ada menyebutkan bahawa pada hari terakhir p3rt3mpuran menentang tentera-tentera Arab, pasukan tentera Rostam dibadai dengan ribut pasir yang cukup dahsyat. Ketika Rostam berlindung di sebalik unta yang dimuatkan dengan s3njata, Hilaal ibn ‘Ullafah secara tidak sengaja memotong tali kekang muatan tersebut tanpa mengetahui yang Rostam sedang bersembunyi di sebalik unta itu. Tidak semena-mena, s3njata-s3njata tersebut jatuh menimpa Rostam dan mematahkan tulang belakangnya.

Dalam keadaan separuh m4ti dan tubuh yang tidak lagi dapat bergerak, Rostam lantas dibvnuh dan kepalanya dip3nggal oleh Hilaal. Hilaal kemudiannya membawa kepala Rostam itu ke hadapan seluruh tentera lalu berteriak, “Aku bersumpah dengan nama Tuhan Kaabah bahawa aku telah membvnuh Rostam!” Semangat tentera-tentera Sassanid habis luntur dan para komander mereka pula tidak berupaya untuk menyusun semula pasukan tentera. Berikutan kem4tian Rostam, Yazdegard III m4ti dibvnuh pada tahun 651M di tangan Mahuy Suri dan pasukan tentera Arab kemudiannya dengan pantas berjaya menakluki Khorasan.

RAJA XERXES I

Satu lagi figura sejarah Parsi yang terkenal adalah Raja Xerxes I. Namanya membawa maksud ‘memerintah para perwira’. Beliau merupakan ‘raja segala raja’ yang kelima bagi Empayar Achaemenid dan zaman pemerintahannya berlangsung daripada tahun 486SM sehingga tahun 465SM di mana beliau m4ti dibvnuh oleh Artabanus, komander pengawal peribadi diraja. Frasa ‘raja segala raja’ membawa maksud ‘raja tertinggi’ atau ‘raja agung’ dan istilah ini diserap ke dalam bahasa Parsi walaupun ianya memiliki asal-usul Semitik.

Xerxes I adalah raja Parsi yang disebut sebagai Ahasuerus di dalam Book of Esther. Beliau juga masyhur lantaran serangan yang dilancarkan ke atas Yunani (Greece) pada tahun 480SM. Sama seperti pemerintah pendahulunya, Darius I, Xerxes I memerintah Empayar Parsi pada zaman kemuncaknya. Walau bagaimanapun, Xerxes I berjaya meluaskan lagi jajahan takluknya dengan menguasai banyak tanah besar Yunani berikutan kejayaan dalam p3rt3mpuran-p3rt3mpuran seperti di Thermopylae dan Artemisium sekaligus melangkaui merit Darius.

Xerxes I merupakan putera Darius I dan Atossa, puteri Cyrus Agung. Beliau dimahkotakan dan ditabalkan sebagai raja pada tahun 486SM, ketika berusia sekitar 36 tahun. Pemindahan kuasa ke tangan Xerxes berjalan dengan lancar berikutan autoriti besar yang dimiliki oleh ibunya, Atossa. Kenaikan kuasanya ini sama sekali tidak dicabar oleh sesiapa. Dengan pantas, Xerxes berjaya menghancurkan pemberontakan yang meletus di Mesir dan Babylon semenjak beberapa tahun yang lalu.

P3RT3MPURAN-P3RT3MPURAN DAN FILEM LAIN

Dalam P3rt3mpuran Thermopylae, sepasukan kecil tentera Yunani yang diketuai oleh Raja Leonidas dari Sparta menahan gempuran pasukan tentera Parsi yang saiznya jauh lebih besar. Namun, mereka pada akhirnya tetap berjaya ditewaskan. Selepas menamatkan kempen ketenteraan di Yunani, Xerxes kembali ke Parsi dan menyelia sejumlah besar projek pembinaan di Susa dan Persepolis yang tergendala di zaman pemerintahan ayahandanya.

Pada tahun 465SM, Artabanus membvnuh Xerxes dengan bantuan seorang sida-sida yang bernama Aspamitres. Artabanus merupakan komander pengawal peribadi diraja dan pegawai yang paling berkuasa dalam istana Parsi.

Makam Naqsh-e Rustam, yang memiripi makam Darius I, dianggap sebagai makam Xerxes. Namun seiring peredaran masa, lahir banyak gambaran tentang Raja Xerxes. Mungkin gambaran yang paling masyhur muncul menerusi filem One Night with the King di mana watak Xerxes dilakonkan oleh Luke Goss. Xerxes juga tampil dalam filen tahun 2014 yang berjudul 300: Rise of an Empire. Filem digarap dengan berdasarkan pada dua buah p3rt3mpuran epik, iaitu P3rt3mpuran Artemisium dan P3rt3mpuran Salamis.

TERJEMAHAN:
Valdar Roric. (19 Jun 2016). Revealing the Real Prince of Persia and a King of Kings Who Inspired Modern Movies. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/revealing-real-prince-persia-and-king-kings-who-inspired-modern-movies-006124