BILA DUNIA TANPA LEBAH...
Manusiawi dengan lebah mempunyai hubungan benci-cinta yang rumit. Dari satu segi, madunya amat berguna dari segi kesihatan. Tetapi kalau tidak sengaja mengganggu atau membaling batu pada sarangnya, bersiap sedialah buat langkah seribu dan terjun dalam mana-mana kolam, tasik atau sungai untuk elak diserang lebah yang naik angin. Tetapi hakikatnya, peranan lebah bukan setakat menyengat dan membuat madu semata-mata.
Antara peranan utama lebah dalam alam semulajadi ialah menjadi ejen pendebungaan bagi mana-mana tanaman yang kita kerjakan. Ini menjadikan mereka sebahagian daripada jentera sektor pertanian yang menyumbang kepada ekonomi dunia bernilai $200 bilion setiap tahun. Tetapi cara kita membalas budi mereka ialah mengurangkan populasi lebah berikutan pemanasan global yang dicetuskan oleh aktiviti pembangunan manusia dan penggunaan racun kimia dalam bidang pertanian.
Jika situasi ini berterusan dan lebah tiada lagi di dunia, dalam tempoh tiga bulan hasil penuaian tanaman akan merosot di seluruh dunia. Pasaraya-pasaraya akan menyaksikan hasil-hasil semulajadi berkurangan kepada separuh untuk dijual kepada pelanggan sekaligus menyaksikan harga buah-buahan dan sayur-sayuran melambung naik. Selain kedua-dua komoditi itu, kita juga harus mengucapkan selamat tinggal kepada makanan-makanan lain seperti coklat, almond, kelapa dan kopi.
Tanpa kewujudan lebah, peranan ejen pendebungaan lain seperi rama-rama, kelawar dan burung menjadi semakin penting demi memastikan perkara yang dinyatakan di atas tidak berlaku. Tetapi apakah itu boleh dicapai?
Mengikut analisis saintis, jika lebah tiada lagi di dunia, ia akan mengakibatkan rantaian makanan semulajadi runtuh serta-merta. Ianya terjadi apabila tumbuh-tumbuhan mati terlebih dahulu kerana tiada ejen pendebungaan yang efektif seperti lebah yang dapat menyebarkan biji benih mereka ke tempat lain.
Dari situ, giliran haiwan herbivor kegemaran kita seperti haiwan ternakan yang mati. Ini kerana tanpa tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber makanan haiwan ini, bagaimana kita hendak memastikan mereka cukup kuat dan nutrien sebagai bahan makanan?
Justeru, jangan terkejut jika harga produk tenusu dan daging melambung naik jika lebah tiada lagi di dunia. Dan jika kita gabungkan isu inflasi yang melambung naik dan kekurangan makanan yang serius, ia juga akan menyumbang kepada keruntuhan struktur sosial masyarakat dan negara-negara berada dalam keadaan huru-hara.
Walaupun ada sesetengah tumbuhan menggunakan angin sebagai ejen pendebungaannya seperti beras, jagung dan gandum, tetapi tanpa kehadiran buah-buahan dan sayur-sayuran, maka bersedialah mengamalkan diet makanan yang tidak menyelerakan dan kurang berkhasiat. Tetapi sekurang-kurangnya masih ada makanan yang ada bila berlaku senario lebah tiada lagi di dunia.
Melihat kepada kerosakan yang dilakukan terhadap populasi lebah akibat tangan-tangan manusia, sudah wujud pelbagai projek sebagai ejen pendebungaan alternatif. Di sesetengah tempat di China, petani-petani mula mendebungakan tanaman mereka. Selain itu, para saintis turut membangunkan alternatif seperti dron dan robot sebagai ejen pendebungaan alternatif.
Melihat kepada semua kemungkinan ini, mungkin ada peluang kewujudan kehidupan normal tanpa lebah. Tetapi bersedialah melihat saku seluar terkoyak atau hidung berdarah bila mendengar kos makanan bertambah berikutan kos pendebungaan yang bukan sedikit. Jadi bukankah apa yang dianugerahkan Allah s.w.t melalui lebah ini bukan sahaja percuma malah bermanfaat kepada manusia? Seharusnya, kita harus menjaga lebah kerana mereka bertanggungjawab memastikan peningkatan tanaman yang didebungakan ini terus wujud untuk manusia.
Berdasarkan statistik, peratusan tanaman yang bergantung kepada ejen pendebungaan sejak tahun 1960-an meningkat sebanyak 300%. Justeru, tugas kita ialah berusaha mengurangkan kesan pemanasan global dan menjalani kehidupan yang bersifat lestari dan mesra alam termasuk mencari alternatif racun kimia demi memastikan populasi lebah terus berada pada tahap optimum. Kerana mereka merupakan anugerah alam yang paling rajin!
SUMBER
What If. (2019). S3:E63 What If All Bees Went Extinct?. https://www.facebook.com/watch/?v=2285108091815707
Numpang promo ya Admin^^
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
dengan minimal deposit hanya 20.000 rupiah :)
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.IONPK.CLUB :-*
add Whatshapp : +85515373217 ^_~