Friday, 3 January 2020

KENAPA KITA SUKA MERAMAS BENDA YANG COMEL?

KENAPA KITA SUKA MERAMAS BENDA YANG COMEL?

Melihat sesuatu yang comel sebenarnya boleh mengluarkan tingkah laku agresif dalam diri kita, menurut satu kertas kerja yang dibentangkan di mesyuarat tahunan Society for Personality and Psychology di New Orleans pada Jumaat lalu.

Para penyelidik telah menjalankan penyelidikan ke atas 109 orang di mana mereka diminta untuk melihat gambar-gambar haiwan – gambar anak-anak anjing yang comel dan lucu.

Para responden kemudian menilai bagaimana perasaan mereka terhadap gambar tersebut: sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan seperti “Saya tidak dapat menahan diri melihat kecomelan ini!” (atau mungkin “Anak anjing ini sangat berbulu dan comel sehingga saya mahu naik gila!”), atau sama ada mereka mahu meramas sesuatu, atau sama ada mereka tiba-tiba merasakan suatu dorongan untuk berkata sesuatu seperti “grrr!”

Semakin comel gambar haiwan yang ditunjukkan, semakin agresif maklum balas yang diterima.

Para penyelidik bagi kajian ini, yang diketuai oleh Rebecca Dyer, seorang pelajar siswazah dalam jurusan psikologi di Universiti Yale, menamakan fenomena tersebut sebagai “keagresifan kecomelan”.

“Kami sangka ianya tentang kesan positif yang tinggi, satu orientasi pendekatan dan hampir hilang kawalan,” katanya. Ianya begitu comel, (sehingga) ia menjadikan anda hilang kawalan.

Tetapi untuk mendapatkan hasil secara menyeluruh, para penyelidik menjalankan uji kaji kedua untuk menguji sama ada keagresifan itu hanya sekadar ucapan, atau mereka memang sebenarnya mahu bertindak sedemikian sebagai tindak-balas kepada sesuatu yang comel – anak-anak kucing bermata bulat dan bayi-bayi montel misalnya. Para sukarelawan diberikan plastic gelembung dan dimaklumkan bahawa mereka boleh memicit plastic gelembung tersebut sebanyak mana yang mereka mahu.

Apabila ditunjukkan dengan tayangan slaid haiwan-haiwan comel, mereka telah memicit sebanyak 120 gelembung, manakala mereka yang menonton slaid lucu dan santai pula memicit 80 dan 100 gelembung masing-masing.
Dyer menyatakan bahawa satu sebab yang mendorong kita bertindak agresif apabila melihat gambar-gambar comel adalah kerana apabila kita melihat sesuatu yang seperti itu (gambar bayi misalnya), ia mendorong kita untuk mengambil berat dan melindunginya.

Tetapi, kita tidak dapat mencapai dan memeluknya menerusi gambar sekaligus hal ini membuatkan kita berasa kecewa dan kemudian bertindak agresif.
Kemungkinan lain pula adalah keadaan tersebut mengandungi terlalu banyak perasaan baik – kadangkala kita menggambarkan emosi yang positif dengan cara yang negatif, misalnya kita menangis apabila berasa sangat gembira.

Dyer membuat andaian bahawa dengan memberikan reaksi berbentuk negatif kepada emosi yang positif mungkin dapat membantu kita mengawal tenaga yang tinggi itu.

Jadi, kalau kelak ada seorang makcik mendekati anda untuk mencubit pipi anda, anggap sahaja bahawa anda sangat comel.

RUJUKAN:

Shaunacy Ferro. (24 Januari 2013). Why Do We Want To Squeeze Cute Things? Popular Science.
https://www.popsci.com/science/article/2013-01/science-says-adorable-animals-turn-us-aggressive/

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete