Dimudahkan lagi, sistem
pencucuhan adalah segala sesuatu yang berkaitan api pada spark plug,
manakala sistem bahan api adalah segala sesuatu yang berkaitan suapan petrol ke
enjin, manakala sistem pengambilan pula adalah segala sesuatu yang berkaitan
kemasukan udara ke dalam silinder.
Kebiasaannya sistem
pencucuhan berkaitan bateri, wiring, suis ignition, ecu, sensor, distributor, coil pack,
high tension cable dan akhir sekali spark plug.
Sistem bahan api
kebiasaannya berkaitan tangki petrol, pipe line, fuel filter,
fuel pump, pressure regulator, fuel injector ataupun
karburetor.
Manakala sistem
pengambilan pula kebiasaannya berkaitan air filter, mass air flow
sensor, throttle body, air temperature sensor, manifold
absolute pressure sensor, intake manifold dan akhir sekali vacuum
line.
§ Salah satu ilmu asas
dalam mengenal pasti masalah, mulakan dari bahagian yang paling mudah dan
bernilai rendah dahulu. Jangan mulakan dari bahagian-bahagian yang sukar dan
bernilai tinggi.
§ Walaupun terdapat
banyak penyebab yang boleh menjadi punca masalah, namun kebiasaannya hanya satu
bahagian sahaja yang bermasalah dalam satu-satu masa. Amat jarang-jarang
terjadi lebih dari satu bahagian yang bermasalah dalam satu-satu masa.
§ Kebiasaannya masalah kereta
semput bila tekan minyak melibatkan sistem pencucuhan (ignition system),
sistem bahan api (fuel supply system) dan adakalanya berkaitan sistem
kemasukan udara (air intake system).
§ Sekiranya lampu enjin menyala (check engine light), jangan
membuang masa dan usaha mencari masalah terlebih dahulu. Apa yang penting,
penyebab lampu enjin menyala perlu diketahui terlebih dahulu dengan menggunakan
scan tool.
Baiklah,
sekarang kita telah pun mengetahui beberapa teori asas dan langkah-langkah asas
dalam mengenal pasti masalah. Berikut admin senaraikan pelbagai penyebab
yang boleh menyebabkan masalah ini.
Perlu diingat kembali,
proses mengenal pasti masalah dimulai dari bahagian yang mudah dan bernilai
rendah dahulu. Berikut disenaraikan kemungkinan penyebab-penyebab yang
berkaitan.
Penyebab-Penyebab Kereta Semput Bila
Tekan Minyak
1. Tanda spark plug
kereta rosak (lihat google images)...masalah spark plug kong
adalah masalah yang sangat-sangat lazim berlaku. Apabila plug menjadi kong,
spark yang terhasil menjadi lemah lalu mengakibatkan pembakaran udara /
bahan api yang tidak sempurna.
2. Masalah kabel spark
plug (lihat google images)...binaan dalaman kabel spark
plug kebiasaannya diperbuat daripada serbuk karbon mampat (untuk menghambat
RFI). Seiring perjalanan masa, kerosakan, kehausan dan
penurunan prestasi akan berlaku. Ini seterusnya menyebabkan penghantaran voltan
tinggi ke spark plug terganggu lalu berakibat pembakaran udara / bahan
api yang tidak sempurna.
3. Tanda distributor
rosak (lihat google images)...masalah berkaitan distributor
adalah masalah yang sangat-sangat lazim berlaku. Tidak mengira sama ada distributor
mekanikal (contact point) mahupun elektronik. Bagi distributor
mekanikal, masalah berkaitan contact point dan condenser (capacitor) yang sering terjadi.
Manakala bagi distributor elektronik, masalah berkaitan ignition
coil binaan dalam yang sering berlaku (kalau rosak, kena tukar
seketul).
4. Tanda coil plug
kereta rosak (lihat google images)...masalah ignition coil
rosak memang sering terjadi. Apabila coil mulai bermasalah, maka
kesannya spark yang terhasil pada plug akan terganggu. Ini
seterusnya mengakibatkan pembakaran udara / bahan api di dalam silinder tidak
sempurna.
5. Masalah penapis udara (air filter)
tersumbat (lihat google images)...masalah air filter tersumbat
memang sering berlaku. Sekiranya air filter digunakan terlalu lama,
masalah tersumbat biasa terjadi. Air filter yang tersumbat juga akan
meningkatkan penggunaan bahan api.
6. Masalah fuel filter tersumbat
(lihat google images)...fuel filter yang telah
digunakan terlalu lama juga boleh mendatangkan masalah. Kebiasaannya masalah
tersumbat akan terjadi. Ini juga biasa menjadi penyebab masalah semput pada
kereta.
7. Masalah karburetor
tersumbat (lihat google images)...masalah karburetor tersumbat
sering juga terjadi. Seiring perjalanan masa, kotoran dan mendapan biasa
terbentuk di dalam karburetor. Ini juga sering menjadi penyebab masalah kereta
semput. Karburetor perlu dibuka dan diservis.
8. Tanda fuel pump
rosak (lihat google images)...kerosakan berkaitan fuel
pump kebiasaannya terbahagi kepada dua kategori. Pertama, fuel pump
yang rosak terus. Jika fuel pump sepenuhnya rosak, ia akan berakibat
enjin langsung tak boleh dihidupkan. Kedua, tekanan pam tidak mencukupi.
Jika tekanan pam tidak mencukupi, ianya juga boleh menyebabkan masalah semput.
Enjin mungkin hidup dalam keadaan melahu (idle) tetapi akan semput apabila
pedal throttle ditekan. Adakalanya ujian tekanan fuel pump perlu
dilakukan untuk mengenal pasti punca masalah.
9. Masalah berkaitan fuel
injector (lihat google images)...kegagalan fungsi normal fuel
injector sememangnya boleh menyebabkan masalah semput. Diantara
penyebab-penyebab berkaitan seperti kerosakan, kotor, tersumbat dan kepincangan
proses buka dan tutup injector itu sendiri. Masalah-masalah ini juga
boleh menyebabkan suntikan bahan api ke dalam silinder menjadi terlalu 'rich'
atau 'lean'. Kepincangan suntikan bahan api ideal boleh mencetuskan
lampu amaran check engine pada meter paparan pemandu.
10. Masalah berkaitan fuel pressure
regulator (lihat google images)...sesuai dengan namanya sebagai
pengatur tekanan, pressure regulator juga adalah salah satu komponen
yang penting, terutama pada kenderaan fuel injection. Fungsi
utamanya adalah mengatur tekanan bahan api yang ideal dalam fuel system.
Kepincangan fungsi pressure regulator akan mengganggu suntikan bahan api
yang ideal ke dalam silinder. Ia juga menjadi salah satu penyebab masalah
semput pada kenderaan.
Penyebab-Penyebab Lain Kereta Semput Bila
Tekan Minyak
§ Masalah berkaitan mass air
flow sensor (lihat google images)...fungsi asas mass air flow
sensor adalah untuk mengukur volume udara yang masuk ke dalam
silinder. Data yang diperolehi pada sensor ini kemudiannya akan diproses
oleh ECU. ECU kemudiannya dapat mengenal pasti dan melaras
pancitan bahan api ideal ke dalam silinder mengikut volume udara yang
masuk. Masalah pada mass air flow sensor adakalanya juga akan
menyebabkan semput pada kenderaan.
§ Masalah berkaitan throttle
body (lihat google images)...fungsi asas throttle body
adalah untuk membuka dan menutup kemasukan udara ke dalam silinder. Proses buka
dan tutup tersebut adalah dikawal sepenuhnya oleh pemandu melalui pedal
pendikit minyak. Throttle body yang bermasalah juga boleh menyebabkan
kenderaan semput, sebagai contoh masalah pada throttle position sensor.
§ Masalah berkaitan air
temperature sensor atau manifold
absolute pressure sensor (lihat google images)...secara asasnya air
temperature sensor adalah untuk mengukur suhu udara yang masuk ke dalam
silinder. Manakala MAP sensor pula digunakan untuk mengukur tekanan di
dalam intake
manifold (vakum atau boost). Kegagalan fungsi salah satu komponen ini
juga boleh menyebabkan masalah semput atau kehilangan kuasa pada kenderaan.
§ Masalah berkaitan intake
manifold atau vacuum line (lihat google images)...kedua-dua komponen ini
kebiasaannya bukan bermasalah rosak, tetapi kebiasaannya masalah berkaitan
kebocoran. Jika terdapat kebocoran udara yang besar pada mana-mana bahagian intake
manifold atau vacuum line, ini juga boleh menjadi penyebab kereta
semput bila tekan minyak. Kebocoran mungkin terjadi pada gasket atau
vacuum line yang tercabut / pecah.
§ Masalah berkaitan ECU (lihat google images)...walaupun ECU pada
kebiasaannya agak jarang bermasalah, namun adakalanya ECU juga boleh menjadi
penyebab masalah semput pada kenderaan. Walaupun ECU amat dipercayai, namun
adakalanya komponen yang berasaskan elektrik dan elektronik ini boleh
bermasalah atau mengalami penurunan prestasi.
Begitulah serba sedikit admin kongsikan bersama-sama anda pengetahuan
yang dimiliki. Kongsikan artikel ini di facebook, twitter ataupun
google plus anda.
Namun bagaimana pula dengan pengalaman anda?? Apakah punca kereta semput yang
pernah dialami?? Kongsikannya bersama-sama di ruangan komen.