Umum sudah mengetahui
bahawa terdapat beribu kilometer jarak antara setiap lapisan permukaan bumi
dari tanah yang kita pijak sehinggalah ke teras bumi. Pernahkah anda terfikir,
berapa dalamkah yang dapat anda pergi? Terdapat beberapa tempat di dunia ini
yang mempunyai kedalaman yang menakjubkan dan merupakan antara tempat paling
dalam di dunia. Ada yang terjadi secara semula jadi dan ada juga yang dibuat
manusia. Kami kongsikan 10 tempat paling deep itu bersama anda:
10.
Telaga Woodingdean, Brighton, United Kingdom
Telaga Woodingdean
adalah telaga buatan manusia sedalam 850 kaki di bawah aras laut. Telaga ini
juga memegang rekod dunia sebagai telaga paling dalam yang digali menggunakan
tangan. Kerja menggali bermula pada tahun 1858 oleh sekumpulan lelaki dan siap
empat tahun kemudian dengan kedalaman keseluruhan mencecah 1,285 kaki walaupun
rancangan asal hanyalah 400 kaki sahaja. Telaga ini masih wujud sehingga kini
namun bahagian permukaannya telahpun ditutup daripada orang ramai. (sumber)
9.
Tagebau Hambach, Jerman
Dengan kedalaman 961
kaki di bawah paras laut, Tagebau Hambach merupakan lombong batu lignit yang
terletak di Elsdorf, Jerman. Ia merupakan lombong dedah yang paling dalam di
dunia. Jarak kedalaman lombong ini ialah 1,213 kaki dan mengandungi mesin
pengorek paling besar di dunia di mana ia memproses purata 24 ribu tan batu
lignit sehari iaitu bersamaan saiz sebuah stadium.
Di kawasan ini juga terdapat Sophienhöhe, gunung kayu buatan manusia
di mana para pengunjung boleh meninjau lombong Tagebau Hambach dari sana. Bukan
itu sahaja, ia juga memegang rekod sebagai gunung buatan paling tinggi di dunia
dengan ketinggian 990 kaki di atas paras laut. Berbaloi jika anda mengunjungi
tempat ini kerana ia mempunyai lokasi ketinggian dan kedalaman di kawasan yang
sama. (sumber)
8.
El Zacatón, Mexico
Sinkhole ataupun lubang benam ialah salah satu fenomena alam
semula jadi yang terjadi tanpa sebarang tanda atau amaran. Bayangkan jika ia
berlaku pada kawasan yang mempunyai populasi penduduk. Bagaimanapun, sinkhole
Zacatón yang cantik dan berair biru jernih di Mexico ini telah terbentuk
sejak zaman purba Pleistocene atau Ice Age lagi.
Dengan menggunakan
robot untuk membantu mengukur kedalaman, penyelidik telah mendapati ia mencatat
kedalaman sehingga 1,112 kaki di bawah paras laut. Selain robot, manusia juga
pernah mencuba untuk mencapai dasar paling dalam sinkhole ini. Pada
1994, sepasang penyelam telah mencuba dan berjaya tiba sehingga 925 kaki dalam.
Malangnya salah seorang daripada penyelam tersebut iaitu Sheck Exley telah mati
akibat sindrom tekanan saraf pada kedalaman 900 kaki. Ini menunjukkan kedalaman
sebegini sangat merbahaya walaupun kepada penyelam yang berpengalaman (Exley
ialah seorang pakar selam dan telah menulis banyak buku mengenai penyelaman).
Sejak itu, tiada siapa lagi yang berani mencuba untuk berenang ke dasar sinkhole
ini. (sumber)
7.
Tasik Baikal, Rusia
Tasik indah yang
menggambarkan keajaiban alam semula jadi ini merupakan tasik paling dalam di
dunia dengan jarak 5,387 kaki. Telah banyak eksplorasi yang dijalankan di Tasik
Baikal yang terletak di Rusia ini. Misalnya, pada tahun 2008, pihak Akademi
Sains Rusia telah menghantar kapal selam kecil untuk turun ke dasar dan
mencapai sehingga 5,180 kaki dalam namun gagal memecahkan rekod yang dilakukan
Anatoly Sagalevich pada 1990 dengan rekod sedalam 5,371 kaki.
Bukan sahaja para
saintis yang berminat dengan tasik Baikal ini, malah tempat yang juga dikenali
dengan nama Mutiara Siberia ini juga menjadi tumpuan pelancong dari seluruh
dunia. Banyak hotel dan pusat peranginan telah dibina berhampiran tasik ini.
6.
Gua Krubera Voronya, Georgia
Gua yang terletak di
Georgia ini merupakan gua yang paling dalam iaitu sedalam 7,208 kaki. Gua ini
mempunyai dua nama berlainan iaitu Krubera - yang diberi pada tahun
1960-an bersempena nama ahli geografi Alexander Kruber dan juga Voronya Cave
yang sering digunakan oleh peneroka-peneroka selepas itu.
Saban tahun, ekspedisi
penjelajahan gua ini yang disertai oleh pasukan dari Ukraine, Britain, Perancis
dan Sepanyol akan dijalankan. Mereka akan cuba mengkaji dan menjelajah sehingga
ke dasar gua ini. Ini merupakan satu-satunya gua yang paling dalam melebihi
jarak 2km.
5.
Lombong Kidd, Ontario, Kanada
Lombong paling dalam
di dunia ialah Lombong Mponeng di Afrika Selatan dengan kedalaman 13,123 kaki.
Walau bagaimanapun, lombong yang paling dalam di bawah paras laut ialah Lombong
Kidd di Ontario, Kanada yang mencecah kedalaman 8,967 kaki di bawah paras laut.
Kedalaman keseluruhannya ialah 10,000 kaki persegi dan dibuka pada tahun 1964.
Bermula sebagai lombong terbuka dan kemudiannya diteruskan dengan penambahgalian di bahagian bawah, kini Lombong Kidd merupakan lombong bijih timah paling besar di dunia dengan pekerja seramai 2,200 orang dan menghasilkan berjuta tan hasil galian setahun.
4.
Litke Deep, Lautan Artik
Litke Deep ialah
jurang yang paling dalam di Lautan Artik yang terletak di Eurasian Basin, 350km
ke utara dari Svalbard. Jurang ke-20 paling dalam di dunia ini mempunyai ukuran
sedalam 17,881 kaki. Ia juga bersuhu sangat sejuk dan mungkin salah satu tempat
paling bahaya di dunia.
Jurang ini diberi nama sempena kapal pemecah ais iaitu Fyodor Litke yang dijumpai pada tahun 1955. Kapal pemecah ais ini beroperasi sejak 1909 dan kerap digunakan semasa era Soviet bagi tujuan penjelajahan Artik. Kapal itu juga digunakan semasa perang dunia kedua sebelum akhirnya dijual sebagai besi buruk pada tahun 1960.
3.
Milwaukee Deep, Lautan Atlantik
Terdapat banyak jurang yang terdapat di Lautan Atlantik antaranya Romanche Trench pada kedalaman 25,459 kaki dan South Sandwich Trench pada kedalaman 27,650 kaki. Namun, jurang paling dalam di Lautan Atlantik ialah Puerto Rico Trench atau lebih dikenali sebagai Milwaukee Deep yang mencecah sehingga 28,680 kaki di bawah paras laut. Ia terletak 76 batu arah utara dari Puerto Rico dan dinamakan sempena kapal USS Milwaukee yang menjumpai lubuk ini pada 14 Februari 1939. 13 tahun kemudian seorang penyelidik iaitu Theodore N. Gill juga telah mengukur dan merekodkan kedalaman sebanyak 28,560 kaki.
Puerto Rico Trench ini
terletak di sepanjang sempadan yang menandakan berakhirnya kawasan Lautan
Caribbean dan permulaan Lautan Atlantik. Ahli geologi meramalkan kawasan ini
mungkin boleh menghasilkan gempa bumi yang kuat sekali gus menghasilkan tsunami
yang besar.
2.
Mariana Trench, Lautan Pasifik
1.
Kola Superdeep Borehole, Murmansk, Rusia
Tempat yang paling
dalam di dunia ini tidak pernah diterokai manusia walaupun ia adalah lubang
yang digali sendiri oleh manusia. Dengan menggunakan mesin gerudi yang besar ia
telah menggali sehingga 40,230 kaki (12,262 meter) ke dalam tanah.
Projek menggali ini
bermula sejak 1970-an lagi dengan sasaran penggalian sedalam 49,000 kaki.
Namun, mereka tidak menyangka apabila tiba pada kedalaman 40,000 kaki, suhu di
dalam sudah mencatatkan sehingga 220.6 darjah Celsius.
Pasukan penggalian
tersebut berpendapat suhu mungkin akan meningkat sehingga 300 Celcius pada
kedalaman 49,000 kaki. Ini membuatkan kerja menggali menjadi mustahil walaupun
mesin yang digunakan tahan panas dan tidak akan cair. Kerja menggali dihentikan
pada tahun 1992 dan rekod paling dalam iaitu hampir 1/3 jarak menuju kerak
bumi. (sumber)
No comments:
Post a Comment