Ultraman Ribut atau nama lainnya di Jepun "Ributto" merupakan pahlawan Ultra dari Planet Nebula M78.
Ia merupakan Ultraman
yang sangat unik, dihasilkan melalui kerjasama antara Les' Copaque Productions,
pencipta Upin dan Ipin, dan Tsuburaya Productions.
Ultraman Ribut pertama
kali muncul dalam episod 25 hingga 27 pada musim ke-8 dan episod 28 hingga 30
pada musim ke-9 Upin dan Ipin, serta membuat penampilan pertamanya di layar
dalam Ultra Galaxy Fight: Hero Generasi Baru.
Konsep
Ultraman Ribut
Ultraman Ribut
berkongsi reka bentuknya dengan Ultraman sebelumnya yang lain, tetapi
kebanyakannya mengingatkan pada Ultras era Showa.
Dalam penampilan
animasinya, rekaannya mempunyai bayangan yang agak cybernetic dan mempunyai
reka bentuk mesh gear.
Dia juga merupakan
Ultraman pertama yang mempunyai corak palang pada beberapa bahagian badannya
yang berwarna merah.
Walau bagaimanapun,
butiran kecil ini tidak ada pada sut aksi langsungnya (live-action).
Walaupun berdasarkan
Ultraman Showa dari segi reka bentuk, Ultraman Ribut memiliki kristal di tangan
dan kakinya, seperti Ultraman yang baru muncul pada ketika itu di Jepun iaitu
Ultraman Ginga.
"Ultraman
Silat"
Menurut pengarah mini siri, Kiochi Sakamoto, apa yang membuatkan
Ultraman Ribut sangat istimewa adalah gaya bertarungnya yang unik.
Sebagai anggota
"Pasukan Penyelamat Galaxy", Ultraman Ribut menggabungkan akrobatik
dengan penggunaan teknik seni mempertahankan diri tradisional iaitu Silat yang
berakar umbi dalam budaya Asia Tenggara.
Di Malaysia, terdapat
sekurang-kurangnya 150 jenis gaya dan disiplin silat yang dikatakan
terinspirasi oleh sifat dan elemen di sekitarnya, di mana setiap wilayah di
seluruh negara mempunyai bentuk dan teknik tersendiri.
"Ultraman
Silat" ini membuat penampilan pertama pada tahun 2015 dalam musim istimewa
rancangan TV animasi tempatan popular, Upin & Ipin bersama-sama dengan
pencipta siri Ultraman - Tsuburaya Productions.
Pada tahun 2019,
Ultraman Ribut memasuki aksi langsung Ultraman sebagai watak rasmi memerangi
jenayah yang mempertahankan kosmos dari makhluk jahat dan raksasa.
Ultra Galaxy Fight: Absolute Conspiracy
Satu ketika dahulu,
Ultraman Ribut bekerjasama dengan Ultraman Max sebagai Pemerhati Tamadun.
Kedua-dua mereka pergi
ke Planet Mikarito untuk menyiasat planet itu yang mengalami penuaan yang tidak
normal.
Semasa menjelajahi
gua-gua planet ini, kedua-kedua Ultraman ini menemui telur Maga-Orochi dalam
keadaan terbuka.
Lebih teruk lagi, seekor raksasa Hellberus muncul dan mula menyerang
Ultraman Max dan Ribut, memaksa kedua-dua Ultraman itu bertempur.
Ultraman Ribut dapat
mengekang Hellberus dengan Strong Net miliknya, namun tiba-tiba Alien Sran
muncul dan menyerang.
Disebabkan ini, pihak
lawan memiliki kelebihan dalam kepantasan dan mengatasi Ultraman Ribut serta
Ultraman Max lalu mengjangkitinya dengan Sel-Sel Gudis.
Dengan keadaan yang
semakin melemah, Maga-Orochi berjaya menangkap Ultraman Max.
Dalam kata-kata
terakhirnya sebelum pengsan, Ultraman Max mendesak Ultraman Ribut untuk
melarikan diri.
Tanpa melengahkan
masa, Ultraman Ribut dengan pantas beredar.
Setibanya di tiba di
Nebula M78, Ultraman Ribut melaporkan apa yang berlaku kepada Ultraman Zoffy,
Ultraman Taro dan Ultraman Hikari.
Di sana, dia bertemu
dengan teman masa kecilnya, Ultraman Sora, yang secara kebetulan kembali ke
Nebula M78 pada waktu yang sama dengan Ultraman 80 dan Yullian setelah 80
berjaya memaksa Leugocyte untuk bersembunyi sebentar.
Setelah memberitahu
mereka tentang keadaan Ultraman Max yang nazak, Ultraman Ribut diarahkan oleh
Ultraman Taro untuk menuju ke Planet K78, sebuah planet yang digunakan sebagai
tempat latihan.
Ketika tiba, Ultraman
Ribut mendapati bahawa Ultraman Great dan Ultraman Powered sudah bersiap sedia
untuk melatihnya.
Mereka harus melatih
Ultraman Ribut dalam masa 3 hari sahaja kerana perlu kembali ke Planet Mikarito
untuk menyelamatkan Ultraman Max.
Ultraman Great dan
Ultraman Powered menasihati Ultraman Ribut untuk menggunakan kekuatan yang
terpendam dalam dirinya.
Ultraman Ribut
menuruti nasihat itu yang mana membuatkan kedua-dua Ultraman tersebut terkejut
dengan kehebatannya.
Setelah latihan Ultraman Ribut selesai, Ultraman Great and Powered
memberikan Penghalang Ribut dan Spreader Rod kepada Ultraman Ribut, melihatkan
dia sudah bersedia untuk menggunakan kedua-duanya.
Dengan itu, Ribut
kembali ke Nebula M78 untuk menerima penawar Gudis dari Ultraman Sora dan
kemudiannya kembali ke Planet Mikarito untuk menyelamatkan Ultraman Max.
Ultra Galaxy Fight: Wira Generasi Baru
Ultraman Ribut sampai
di Planet Liquitor dan menyelamatkan Ragon yang diancam oleh Peguila sebelum
membunuhnya dengan Galaxium Blaster.
Dia kemudiannya
menerima Ultra Sign dari Ultraman Taro, yang memberitahunya untuk membantu
Ultraman Rosso dan Blu yang telah diserang oleh Etelgar.
Ultraman Ribut muncul
dan mempertahankan kedua-dua Ultraman itu dengan Blocker Effect nya sebelum
kedua-dua mereka dihentam oleh bola kuasa.
Ultraman Ribut
kemudiannya memasukkan Etelgar ke dalam Strong Net, dan ketiga-tiga mereka
melarikan diri.
Mereka kembali ke
Nebula M78 dan Ultraman Ribut menerima satu lagi misi iaitu untuk mencari
"seseorang".
Hasil dari maklumat
Pasukan Penyelamat Galaxy, Ultraman Ribut menyerang ruang angkasa ajaib.
Dia menghampiri
"gergasi biru" dan mendedahkan bahawa dia mengetahui identitinya,
iaitu Ultraman Tregear.
Ultraman Ribut
kemudiannya cuba untuk menahan Ultraman Tregear, namun tidak berjaya kerana
kehebatan Tregear.
Selepas bertarung,
Ultraman Tregear menghidupkan semula Ultra Dark-Killer dan Ultraman Zero
Darkness. Ultra Dark-Killer membesar ke saiz gergasi dan mengamuk disebabkan
oleh kekuatannya yang meluap.
Ultraman Tregear kemudiannya meninggalkan Ultraman Ribut yang sedang
berlawan dengan dua raksasa Red King, sambil berkata bahawa dia akan
sekurang-kurangnya "mengingati nama Ultraman Ribut".
Namun, Ultraman Ribut
berjaya menewaskan 2 Red King berkenaan.
Profil
Ultraman Ribut
Ketinggian: 50 meter
(Upin dan Ipin), 40 meter (Aksi-langsung)
Berat: Mikro hingga
infiniti (Upin dan Ipin), 40,000 tan (Aksi-langsung)
Umur: 5,700 tahun
Kelajuan terbangan
maksimum: Mach 9
Kelajuan larian
maksimum: Mach 3
Kelajuan bawah air
maksimum: Mach 2
Kelajuan bawah tanah
maksimum: Mach 1.5
Ketinggian lompatan
maksimum: 900 m
Kekuatan lengan:
80,000 tan
Kekuatan genggaman:
57,000 tan
Had Masa: 3 minit
seperti Ultraman lain
Ciri-ciri
badan Ultraman Ribut
Isyarat pemasa: Pemasa
Warna standard, diberi nama yang berbeza.
Ultra Armor: Dari
pertempuran dengan Alien Kilat, tubuh Ultraman Ribut telah menunjukkan bahawa
ia dapat menahan suhu tinggi dan kalis api serta mungkin laser. Ini kerana
tiada kerosakan terbakar setelah terkena pancaran api alien itu.
Kristal G: Kristal
biru yang ada di tangan dan kakinya berfungsi mengawal tenaga Galaxium
(Gyarakushiumu) di dalam dirinya. Ia digunakan untuk kebanyakan teknik Ultraman
Ribut.
Penghalang Ribut:
Senjata yang dipakai di lengan kirinya, di atas kristal lengan kirinya, digunakan
untuk mendirikan penghalang.
Isyarat pemasa: Pemasa
Warna standard, diberi nama yang berbeza.
Ultra Armor: Dari
pertempuran dengan Alien Kilat, tubuh Ultraman Ribut telah menunjukkan bahawa
ia dapat menahan suhu tinggi dan kalis api serta mungkin laser. Ini kerana
tiada kerosakan terbakar setelah terkena pancaran api alien itu.
Kristal G: Kristal
biru yang ada di tangan dan kakinya berfungsi mengawal tenaga Galaxium
(Gyarakushiumu) di dalam dirinya. Ia digunakan untuk kebanyakan teknik Ultraman
Ribut.
Penghalang Ribut:
Senjata yang dipakai di lengan kirinya, di atas kristal lengan kirinya, digunakan
untuk mendirikan penghalang.
Senjata
Ultraman Ribut
Penghalang Ribut:
Senjata yang dipakai di lengan kirinya, di atas kristal lengan kirinya,
digunakan untuk mendirikan penghalang.
Blocker Effect:
Ultraman Ribut dapat membina perisai bulat tenaga biru untuk melindungi
dirinya.
Perisai: Penghalang
Ribut itu sendiri boleh mengembang dan dijadikan pelindung.
Spreader Rod: Batang
tenaga yang dapat digunakan Ultraman Ribut dalam pertempuran.
Teknik-teknik
Ultraman Ribut
Galaxium Blaster:
Setelah mengecas Galaxium dengan memutar tangannya, Ultraman Ribut menembak
tenaga yang dimampatkan sebagai Ultra Beam dalam posisi "L". Ia dapat
menghancurkan raksasa dalam satu serangan.
Remote Cutter: Seperti
Ultraman asli, Ultraman Ribut dapat menembak cincin tenaga untuk memusnahkan
lawannya. Ia boleh berpecah menjadi beberapa bilah kecil.
Strong Net: Ultraman
Ribut dapat menembakkan sinar yang dapat memerangkap raksasa di sebuah sfera.
Kilat Cahaya: Kristal
Ultraman Ribut iaitu Kristal Galaxium mengecas tenaga dan melepaskan cahaya,
menghalau kegelapan.
Letupan Cahaya:
Seluruh badan Ultraman Ribut melepaskan cahaya terang, membebaskan dirinya dari
kuasa gelap.
Travel Sphere: Ultraman Ribut boleh bergerak dalam bola cahaya.
Rujukan:
1. Ultra
Fandom
No comments:
Post a Comment