Tuesday, 14 January 2020

Siapakah Prince Of Persia Dalam Sejarah?

Prince of Persia merupakan sebuah francais permainan video yang pada mulanya dihasilkan oleh Jordan Mechner. Pada tahun 2010, permainan video tersebut diadaptasi menjadi sebuah filem aksi-fantasi berjudul Prince of Persia: The Sands of Time. Karakter utama bagi filem tersebut adalah Putera Dastan yang dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal. Namun, apakah kisah sebenar yang boleh kita ungkapkan di sebalik karakter fiksyen Prince of Persia?


KARAKTER-KARAKTER PARSI DALAM FILEM DAN SEJARAH
Putera Dastan yang ditampilkan di dalam filem ini dicipta berdasarkan suatu karakter yang terdapat di dalam mitologi Parsi, iaitu Rostam Dastan. Perwira mitos Parsi ini pula dapat dijejak asal-usulnya daripada seorang figura sejarah sebenar yang bernama Rostam Farrokhzad, saudara kepada raja Parsi yang bernama Yazdegerd Ketiga merangkap komander pasukan tentera Empayar Parsi. Yazdegerd Ketiga adalah raja ke-38 (dan terakhir) bagi Empayar Sassanid yang memerintah pada tahun 632 sehingga 651 Masehi. Namanya itu membawa maksud ‘dicipta oleh Tuhan’ dan beliau menaiki takhta selepas menghadapi tempoh konflik dalaman yang agak panjang.

Bagi Rostam Farrokhzad, selain daripada menyandang jawatan sebagai ketua tentera, nama beliau juga hidup sebagai karakter di dalam puisi epik Parsi yang berjudul Shahnameh. Rostam  merupakan anggota keluarga Diraja Ispahbudhan, iaitu salah satu dari tujuh buah puak Parthia. Di dalam Shahnameh, beliau diperincikan sebagai seorang yang bijaksana dan gemar berp3rang selain disifatkan sebagai seorang pen4kluk. Beliau adalah penghitung bintang dan lelaki yang memiliki kedalaman fikiran; beliau sentiasa mendengar dengan teliti buah-buah fikiran yang dikemukakan oleh para penasihatnya.

Di dalam Decline and Fall of the Sassanian Empire: The Sassanian-Parthian Confederacy and the Arab C0nquest of Iran, Rostam diperincikan sebagaimana berikut, “Seorang lelaki yang dikurniakan dengan tenaga luar biasa, seorang pentadbir yang berkebolehan dan panglima yang gagah.” Beliau dicatatkan banyak memenangi p3rt3mpuran yang disertainya.

Legenda atau kisah tradisi ada menyebutkan bahawa pada hari terakhir p3rt3mpuran menentang tentera-tentera Arab, pasukan tentera Rostam dibadai dengan ribut pasir yang cukup dahsyat. Ketika Rostam berlindung di sebalik unta yang dimuatkan dengan s3njata, Hilaal ibn ‘Ullafah secara tidak sengaja memotong tali kekang muatan tersebut tanpa mengetahui yang Rostam sedang bersembunyi di sebalik unta itu. Tidak semena-mena, s3njata-s3njata tersebut jatuh menimpa Rostam dan mematahkan tulang belakangnya.

Dalam keadaan separuh m4ti dan tubuh yang tidak lagi dapat bergerak, Rostam lantas dibvnuh dan kepalanya dip3nggal oleh Hilaal. Hilaal kemudiannya membawa kepala Rostam itu ke hadapan seluruh tentera lalu berteriak, “Aku bersumpah dengan nama Tuhan Kaabah bahawa aku telah membvnuh Rostam!” Semangat tentera-tentera Sassanid habis luntur dan para komander mereka pula tidak berupaya untuk menyusun semula pasukan tentera. Berikutan kem4tian Rostam, Yazdegard III m4ti dibvnuh pada tahun 651M di tangan Mahuy Suri dan pasukan tentera Arab kemudiannya dengan pantas berjaya menakluki Khorasan.

RAJA XERXES I

Satu lagi figura sejarah Parsi yang terkenal adalah Raja Xerxes I. Namanya membawa maksud ‘memerintah para perwira’. Beliau merupakan ‘raja segala raja’ yang kelima bagi Empayar Achaemenid dan zaman pemerintahannya berlangsung daripada tahun 486SM sehingga tahun 465SM di mana beliau m4ti dibvnuh oleh Artabanus, komander pengawal peribadi diraja. Frasa ‘raja segala raja’ membawa maksud ‘raja tertinggi’ atau ‘raja agung’ dan istilah ini diserap ke dalam bahasa Parsi walaupun ianya memiliki asal-usul Semitik.

Xerxes I adalah raja Parsi yang disebut sebagai Ahasuerus di dalam Book of Esther. Beliau juga masyhur lantaran serangan yang dilancarkan ke atas Yunani (Greece) pada tahun 480SM. Sama seperti pemerintah pendahulunya, Darius I, Xerxes I memerintah Empayar Parsi pada zaman kemuncaknya. Walau bagaimanapun, Xerxes I berjaya meluaskan lagi jajahan takluknya dengan menguasai banyak tanah besar Yunani berikutan kejayaan dalam p3rt3mpuran-p3rt3mpuran seperti di Thermopylae dan Artemisium sekaligus melangkaui merit Darius.

Xerxes I merupakan putera Darius I dan Atossa, puteri Cyrus Agung. Beliau dimahkotakan dan ditabalkan sebagai raja pada tahun 486SM, ketika berusia sekitar 36 tahun. Pemindahan kuasa ke tangan Xerxes berjalan dengan lancar berikutan autoriti besar yang dimiliki oleh ibunya, Atossa. Kenaikan kuasanya ini sama sekali tidak dicabar oleh sesiapa. Dengan pantas, Xerxes berjaya menghancurkan pemberontakan yang meletus di Mesir dan Babylon semenjak beberapa tahun yang lalu.

P3RT3MPURAN-P3RT3MPURAN DAN FILEM LAIN

Dalam P3rt3mpuran Thermopylae, sepasukan kecil tentera Yunani yang diketuai oleh Raja Leonidas dari Sparta menahan gempuran pasukan tentera Parsi yang saiznya jauh lebih besar. Namun, mereka pada akhirnya tetap berjaya ditewaskan. Selepas menamatkan kempen ketenteraan di Yunani, Xerxes kembali ke Parsi dan menyelia sejumlah besar projek pembinaan di Susa dan Persepolis yang tergendala di zaman pemerintahan ayahandanya.

Pada tahun 465SM, Artabanus membvnuh Xerxes dengan bantuan seorang sida-sida yang bernama Aspamitres. Artabanus merupakan komander pengawal peribadi diraja dan pegawai yang paling berkuasa dalam istana Parsi.

Makam Naqsh-e Rustam, yang memiripi makam Darius I, dianggap sebagai makam Xerxes. Namun seiring peredaran masa, lahir banyak gambaran tentang Raja Xerxes. Mungkin gambaran yang paling masyhur muncul menerusi filem One Night with the King di mana watak Xerxes dilakonkan oleh Luke Goss. Xerxes juga tampil dalam filen tahun 2014 yang berjudul 300: Rise of an Empire. Filem digarap dengan berdasarkan pada dua buah p3rt3mpuran epik, iaitu P3rt3mpuran Artemisium dan P3rt3mpuran Salamis.

TERJEMAHAN:
Valdar Roric. (19 Jun 2016). Revealing the Real Prince of Persia and a King of Kings Who Inspired Modern Movies. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/revealing-real-prince-persia-and-king-kings-who-inspired-modern-movies-006124

Friday, 3 January 2020

Bila Dunia Tanpa Lebah

BILA DUNIA TANPA LEBAH...

Manusiawi dengan lebah mempunyai hubungan benci-cinta yang rumit. Dari satu segi, madunya amat berguna dari segi kesihatan. Tetapi kalau tidak sengaja mengganggu atau membaling batu pada sarangnya, bersiap sedialah buat langkah seribu dan terjun dalam mana-mana kolam, tasik atau sungai untuk elak diserang lebah yang naik angin. Tetapi hakikatnya, peranan lebah bukan setakat menyengat dan membuat madu semata-mata.

Antara peranan utama lebah dalam alam semulajadi ialah menjadi ejen pendebungaan bagi mana-mana tanaman yang kita kerjakan. Ini menjadikan mereka sebahagian daripada jentera sektor pertanian yang menyumbang kepada ekonomi dunia bernilai $200 bilion setiap tahun. Tetapi cara kita membalas budi mereka ialah mengurangkan populasi lebah berikutan pemanasan global yang dicetuskan oleh aktiviti pembangunan manusia dan penggunaan racun kimia dalam bidang pertanian.

Jika situasi ini berterusan dan lebah tiada lagi di dunia, dalam tempoh tiga bulan hasil penuaian tanaman akan merosot di seluruh dunia. Pasaraya-pasaraya akan menyaksikan hasil-hasil semulajadi berkurangan kepada separuh untuk dijual kepada pelanggan sekaligus menyaksikan harga buah-buahan dan sayur-sayuran melambung naik. Selain kedua-dua komoditi itu, kita juga harus mengucapkan selamat tinggal kepada makanan-makanan lain seperti coklat, almond, kelapa dan kopi.

Tanpa kewujudan lebah, peranan ejen pendebungaan lain seperi rama-rama, kelawar dan burung menjadi semakin penting demi memastikan perkara yang dinyatakan di atas tidak berlaku. Tetapi apakah itu boleh dicapai?

Mengikut analisis saintis, jika lebah tiada lagi di dunia, ia akan mengakibatkan rantaian makanan semulajadi runtuh serta-merta. Ianya terjadi apabila tumbuh-tumbuhan mati terlebih dahulu kerana tiada ejen pendebungaan yang efektif seperti lebah yang dapat menyebarkan biji benih mereka ke tempat lain.

Dari situ, giliran haiwan herbivor kegemaran kita seperti haiwan ternakan yang mati. Ini kerana tanpa tumbuh-tumbuhan yang menjadi sumber makanan haiwan ini, bagaimana kita hendak memastikan mereka cukup kuat dan nutrien sebagai bahan makanan?

Justeru, jangan terkejut jika harga produk tenusu dan daging melambung naik jika lebah tiada lagi di dunia. Dan jika kita gabungkan isu inflasi yang melambung naik dan kekurangan makanan yang serius, ia juga akan menyumbang kepada keruntuhan struktur sosial masyarakat dan negara-negara berada dalam keadaan huru-hara.

Walaupun ada sesetengah tumbuhan menggunakan angin sebagai ejen pendebungaannya seperti beras, jagung dan gandum, tetapi tanpa kehadiran buah-buahan dan sayur-sayuran, maka bersedialah mengamalkan diet makanan yang tidak menyelerakan dan kurang berkhasiat. Tetapi sekurang-kurangnya masih ada makanan yang ada bila berlaku senario lebah tiada lagi di dunia.

Melihat kepada kerosakan yang dilakukan terhadap populasi lebah akibat tangan-tangan manusia, sudah wujud pelbagai projek sebagai ejen pendebungaan alternatif. Di sesetengah tempat di China, petani-petani mula mendebungakan tanaman mereka. Selain itu, para saintis turut membangunkan alternatif seperti dron dan robot sebagai ejen pendebungaan alternatif.

Melihat kepada semua kemungkinan ini, mungkin ada peluang kewujudan kehidupan normal tanpa lebah. Tetapi bersedialah melihat saku seluar terkoyak atau hidung berdarah bila mendengar kos makanan bertambah berikutan kos pendebungaan yang bukan sedikit. Jadi bukankah apa yang dianugerahkan Allah s.w.t melalui lebah ini bukan sahaja percuma malah bermanfaat kepada manusia? Seharusnya, kita harus menjaga lebah kerana mereka bertanggungjawab memastikan peningkatan tanaman yang didebungakan ini terus wujud untuk manusia.

Berdasarkan statistik, peratusan tanaman yang bergantung kepada ejen pendebungaan sejak tahun 1960-an meningkat sebanyak 300%. Justeru, tugas kita ialah berusaha mengurangkan kesan pemanasan global dan menjalani kehidupan yang bersifat lestari dan mesra alam termasuk mencari alternatif racun kimia demi memastikan populasi lebah terus berada pada tahap optimum. Kerana mereka merupakan anugerah alam yang paling rajin!

SUMBER

What If. (2019). S3:E63 What If All Bees Went Extinct?. https://www.facebook.com/watch/?v=2285108091815707

KENAPA KITA SUKA MERAMAS BENDA YANG COMEL?

KENAPA KITA SUKA MERAMAS BENDA YANG COMEL?

Melihat sesuatu yang comel sebenarnya boleh mengluarkan tingkah laku agresif dalam diri kita, menurut satu kertas kerja yang dibentangkan di mesyuarat tahunan Society for Personality and Psychology di New Orleans pada Jumaat lalu.

Para penyelidik telah menjalankan penyelidikan ke atas 109 orang di mana mereka diminta untuk melihat gambar-gambar haiwan – gambar anak-anak anjing yang comel dan lucu.

Para responden kemudian menilai bagaimana perasaan mereka terhadap gambar tersebut: sama ada mereka bersetuju dengan kenyataan seperti “Saya tidak dapat menahan diri melihat kecomelan ini!” (atau mungkin “Anak anjing ini sangat berbulu dan comel sehingga saya mahu naik gila!”), atau sama ada mereka mahu meramas sesuatu, atau sama ada mereka tiba-tiba merasakan suatu dorongan untuk berkata sesuatu seperti “grrr!”

Semakin comel gambar haiwan yang ditunjukkan, semakin agresif maklum balas yang diterima.

Para penyelidik bagi kajian ini, yang diketuai oleh Rebecca Dyer, seorang pelajar siswazah dalam jurusan psikologi di Universiti Yale, menamakan fenomena tersebut sebagai “keagresifan kecomelan”.

“Kami sangka ianya tentang kesan positif yang tinggi, satu orientasi pendekatan dan hampir hilang kawalan,” katanya. Ianya begitu comel, (sehingga) ia menjadikan anda hilang kawalan.

Tetapi untuk mendapatkan hasil secara menyeluruh, para penyelidik menjalankan uji kaji kedua untuk menguji sama ada keagresifan itu hanya sekadar ucapan, atau mereka memang sebenarnya mahu bertindak sedemikian sebagai tindak-balas kepada sesuatu yang comel – anak-anak kucing bermata bulat dan bayi-bayi montel misalnya. Para sukarelawan diberikan plastic gelembung dan dimaklumkan bahawa mereka boleh memicit plastic gelembung tersebut sebanyak mana yang mereka mahu.

Apabila ditunjukkan dengan tayangan slaid haiwan-haiwan comel, mereka telah memicit sebanyak 120 gelembung, manakala mereka yang menonton slaid lucu dan santai pula memicit 80 dan 100 gelembung masing-masing.
Dyer menyatakan bahawa satu sebab yang mendorong kita bertindak agresif apabila melihat gambar-gambar comel adalah kerana apabila kita melihat sesuatu yang seperti itu (gambar bayi misalnya), ia mendorong kita untuk mengambil berat dan melindunginya.

Tetapi, kita tidak dapat mencapai dan memeluknya menerusi gambar sekaligus hal ini membuatkan kita berasa kecewa dan kemudian bertindak agresif.
Kemungkinan lain pula adalah keadaan tersebut mengandungi terlalu banyak perasaan baik – kadangkala kita menggambarkan emosi yang positif dengan cara yang negatif, misalnya kita menangis apabila berasa sangat gembira.

Dyer membuat andaian bahawa dengan memberikan reaksi berbentuk negatif kepada emosi yang positif mungkin dapat membantu kita mengawal tenaga yang tinggi itu.

Jadi, kalau kelak ada seorang makcik mendekati anda untuk mencubit pipi anda, anggap sahaja bahawa anda sangat comel.

RUJUKAN:

Shaunacy Ferro. (24 Januari 2013). Why Do We Want To Squeeze Cute Things? Popular Science.
https://www.popsci.com/science/article/2013-01/science-says-adorable-animals-turn-us-aggressive/

ASAL-USUL KRAKEN

ASAL-USUL KRAKEN

Kraken barangkali raksasa yang terbesar pernah dibayangkan oleh umat manusia. Menurut kisah rakyat Nordik, ia didakwa telah menghantui lautan dari Norway ke Greenland melalui Iceland. Kraken mempunyai ketangkasan dalam menyerang kapal-kapal dan banyak laporan sains palsu termasuk catatan rasmi tentera laut mendakwa ia akan menyerang kapal dengan menggunakan kekuatan lengannya. Jika gagal, raksasa itu akan berenang mengelilingi kapal sehingga membentuk pusaran air untuk menenggelamkan kapal tersebut.
Tentulah, raksasa itu memakan manusia. Legenda mengatakan Kraken akan menelan keseluruhan kapal berserta dengan awak-awaknya sekaligus. Di sebalik reputasinya yang menakutkan, raksasa itu mampu memberikan manfaat: ia telah berenang sambil ditemani oleh sekumpulan ikan yang turun di belakangnya apabila timbul di atas permukaan air. Nelayan yang berani mengambil risiko pergi menghampiri raksasa berkenaan untuk menangkap ikan tersebut.

Sejarah Kraken tercatat pada tahun 1180 oleh Raja Sverre Norwau. Sebagaimana banyak legenda yang lain, Kraken bermula dengan sesuatu yang sebenar, laut mencabar dan berbahaya, menyimpan banyak raksasa di sebalik kedalamannya. Sesiapa yang berjumpa dengan haiwan yang tidak dikenali akan mencipta mitos daripada kisah para kelasi. Justeru, kisah ini tersebar secara meluas.

Kekuatan mitos menjadi sungguh kuat sehinggakan Kraken masih boleh ditemui dalam kajian saintifik moden pertama di Eropah mengenai dunia semulajadi pada abad ke-18. Carl Linnaeus iaitu bapa pengkelasan biologi moden juga tidak kecuali dalam memasukkan Kraken dalam kalangan Moluska Cephalopod dalam edisi pertama Systema Naturae (1735).

Pada tahun 1853, raksasa Cephalopod telah ditemui terdampar di sebuah pantai di Denmark, ahli semulajadi Norway iaitu Japetus Steenstrup menemui paruh haiwan tersebut dan digunakan secara sainstifik untuk merungkai sotong gergasi yang bernama Architeuthis dux. Dan juga legenda ini secara rasminya memasuki cabang sains, menaikkan imej Kraken yang berasal daripada mitos.

Selepas 150 tahun mengkaji sotong gergasi yang menghuni kesemua lautan dunia, terdapat perdebatan sama ada Kraken mewakili satu spesis tunggal ataupun lebih iaitu sebanyak 20. Architeuthis yang terbesar pernah dicatatkan mencapai sehingga 18 meter panjangnya termasuk sesungutnya yang sangat panjang, namun kebanyakan spesimen yang temui sangat kecil. Mata sotong gergasi adalah yang terbesar dalam alam haiwan dan mampu beradaptasi dalam kegelapan laut dalam dari 1100-2000 meter di mana ia duduki.

Sebagaimana spesis sotong lain, Architeuthis mempunyai poket otot yang mengandungi larutan Ammonia yang kurang tumpat daripada air laut. Ini membolehkan haiwan tersebut timbul di bawah air, bermakna ia mampu mengekalkan keseimbangannya tanpa perlu berenang dengan aktif. Kehadiran ammonia dalam ototnya barangkali sebab kenapa sotong raksasa belum dipancing sehingga hampir pupus.

Bertahun-tahun lamanya, ahli sains masih berdebat sama ada sotong gergasi itu pemburu tangkas dan cepat sebagaimana kekuatan legenda pemangsa ataupun pemburu serang hendap. Setelah berpuluh tahun perbincangan, jawapan diterima pada tahun 2005 dengan rakaman filem daripada Pengkaji Jepun yang bernama T. Kubodera dan K. Mori.

Mereka telah merakamkan seekor Architeuthis yang hidup dalam habitat semulajadinya, 900 meter dalam Lautan Pasifik Utara, menunjukkan ianya perenang yang pantas lagikan kuat dengan menggunakan sesungutnya untuk menangkap mangsanya.

Di sebalik saiz dan kelajuannya, Architeuthis mempunyai pesaing dengan pemangsanya iaitu Paus Sperma. Pertarungan antara kedua-dua raksasa itu pastinya kerap berdasarkan bukti penemuan parut sesungut dan lengan sotong yang ditinggalkan pada kulit ikan. Sesungut dan lengan sotong tersebut mempunyai penghisap dipenuhi dengan struktur gigi chitinous yang tajam.

Tetapi, Architeuthis tidak mempunyai otot pada sesungutnya untuk mereka menangkap mangsa dan tidak akan mampu mengatasi seekor Paus Sperma dalam pertarungannya. Pilihan mereka hanya melarikan diri dengan melepaskan dakwatnya.

Walaupun kita tahu ianya bukan sekadar legenda, sotong gergasi itu tetap menjadi haiwan yang terbesar di dunia, serta mempunyai aura misterinya. Ramai orang pada hari ini yang terkejut akan kewujudan makhluk tersebut. Apatahlagi, dengan kajian saintifik yang sungguh banyak, Kraken masih hidup dalam imaginasi terkenal melalui filem, buku dan permainan komputer, walaupun kadangkala menjadi mitologi yang salah, sebagaimana pada tahun 1981 dan 2010; epik Yunani Kuno iaitu “Clash of the Titans”. Wakil tersebut menentukan minda awam: sang raksasa yang mengintai kapal yang tenggelam untuk memakan penyelam yang sedang menyelamatkan dirinya.

RUJUKAN:

The real-life origins of the legendary Kraken. http://theconversation.com/the-real-life-origins-of-the-legendary-kraken-52058

Thursday, 2 January 2020

PUBG Mobile Mod APK v0.16.0 [Unlimited Uc,Aimbot,No Recoil,Anti-Ban]


Do you also play PUBG? If yes, then this trick is going to be very useful for you. So welcome all of you again on gozylo. Today we have brought one more mod apk as usual for you all named PUBG mod apk. If you play PUBG, this app can prove to be a jackpot for you all.

Now everyone knows what the mod apk is, and if you don’t know then we have shared it below, you can read from it. PUBG is a game that has made a record of 100 million downloads in just one year so that you can understand its popularity.

Nowadays everyone is very fond of this game. Many people do not want to do the right thing, and they always try something. So today you have come here to download PUBG mod apk, before that you can select the best PUBG names from it so that your PUBG profile will look even more unique.

Before downloading the PUBG mod apk, you all should know about it first and what it works below. We have shared every information about the PUBG mod, and we have also shared its download link.

Contents [show]

Everyone knows what PUBG Mobile is but some people do not understand what PUBG MOD APK is, then we will fully expand it, what is it? Otherwise, when their account is banned later, we will be blamed. If you do not know what a MOD APK is then read carefully. You will all understand. Because this is an illegal job,you all need to know.

The PUBG MOD APK has been modified by some developers to know that a bug of PUBG causes it and then when the pubg comes to know that someone has misused their bug then they bring new updates. And fix the bug in it, which causes the hackers’ accounts to be banned.

Now you must have understood what PUBG MOD APK is, and we will never give you an opinion that you can use it. Because it is an illegal work, your account can also be banned, so you should download this app on your responsibility. If your account is banned, we will not be responsible for it.

Download PUBG MOD APK [December 2019]

Before downloading the PUBG MOD APK, you should uninstall the previous app of your phone, or you can use any app of dual space.

PUBG MOD APK Download Link We have shared below, along with the APK you will have to download the obb data file as well. The complete procedure of how to do it has shared in both text and video. Now you can download the PUBG MOD APK immediately by clicking on the button below.

DOWNLOAD PUBG MOD APK

DOWNLOAD PUBG MOD APK OBB FILE

Finally, you have downloaded the PUBG MOD APK, so now how to install it, what are its features and how to use it, we have all told below. So let’s see what is there in this mod apk that makes it different from everyone else

PUBG Mobile Mod APK Features

There are many features in PUBG MOD APK that you cannot find in the general PUBG apk, but in this, you will have to take a bit of risk, maybe your ID is also created. But this app is anti-ban, yet we tell our users that this app has a feature which we have said below.

                             Unlimited UC

Nowadays the trend of PUBG mobile has remained everywhere, and almost everyone is playing PUBG mobile game in the present time.

Due to this popularity, PUBG Mobile always brings new outfits so that users use UC to buy that outfits, but there is no Bill Gates who will bring that much money for good games in a game so you can download this MOD apk After you can get unlimited uc for free, you can also buy good outfits for free.

No Recoil

No Recoil

Whenever you play PUBG mobile game, you will have a lot of trouble in killing the enemy because the guns have a lot of recoils, you have to learn to control it, it is not easy. But it’s not impossible too, after downloading this mod apk your recoil will be 0% so that you can easily kill your enemy.

Anti-Ban

Ban

Whenever someone plays pubg mobile with hacked, then his account gets banned immediately. Because it is against the policy of PUBG Mobile, today here, we have shared the PUBG Mobile mod apk with all of you, this is anti-ban so that your account will not be banned, you can play this game without worrying, but never play hacked games with your real ID.

No Time Limit

Time

Nowadays, people have become addicted to PUBG mobile, and they do not know how much they play, when they report some people, PUBG Mobile had put a rule that you can play PUBG mobile game in 6 hours at a time. After that you will be banned, then you will be able to play after 24 hours, but with the help of this mod apk, you can play as long as you want to play.

How To Install PUBG MOD APK

You may have some difficulty in installing PUBG mod apk because in this you have to add both the APK file and obb data of this game, if you know how it happens then you will easily do it But if you do not know how to do this, follow the procedure given below. Otherwise, PUBG mod apk will not be able to run in your phone due to one mistake.

  • First of all, you have to download both this mod apk and its data file, whose link we have given above.
  • If it is 2 GB, then it will take some time. Once downloaded, you can install PUBG APk. If there is any problem in installing, then tick and save Jake on Unknown Source and then install your app. Be alive
  • After installing, this app will not run because you have just installed its apk, the data is remaining, so now you can download its data, whose download link is given above.
  • After downloading, go to your file manager, then you have to go to Android folder, where you will find a folder named ob, click on it.
  • Now you will have a folder named Tencent in front of you, where you have to paste your ob data, and you restart the game again your game will start.

After following all these steps well, you can easily install pubg mod apk in your phone. Now you will not have any problem. If you are still not installing pubg apk, then you can watch our video

Faq – People Also Ask

If you have any question or dought for PUBG MOD APK, then you can ask us here in the comment box, by the way, we have answered many questions if you do not have an answer to this question, then only we asked your question.

Can PUBG mobile be hacked?

Yes pubg mobile can be hacked, and many people hack, you can also easily hack this game, but when pubg brings new updates, then ban hackers account Because many users keep reporting to hackers

What is UC in PUBG?

UC stands for Unknown Cash. UC is a game currency for Pubg mobile game irrespective of the geographical area of the player. With which you can buy any premium item in PUBG. Sadly there is no way to get UC for free other than giveaways and offers in the game. The price of 60 UC is 0.99$ which is quite expansive.

Can PUBG be played alone?

Yes, you can also play solo in PUBG mobile, for that you have to select solo, after that you can play PUBG mobile alone and if you want to play duo, then that option is given, you can also play duo.

Can you play PUBG offline?

no, you can never play PUBG mobile in offline mode as it is an online multiplayer game whereby all players are real, 20% of the bots are there, so you cannot play this game offline.

Final Touch

Today we have shared the PUBG mod apk with all of you, with the help of this you can easily hack this game and play it for a long time because it is anti-ban, you will have to update this game in every update, then you Never update from Google Play Store, otherwise your account can be banned,

you can upgrade from this site here and you can join Telegram to stay updated. If you liked our PUBG mod apk, then you must share it among your friends via social media so that they can also hack this game and easily play PUBG Mobile Hacked apk.

PENDEKAR SUFI: MAT KILAU @ MUHAMMAD BIN IMAM RASU



Tentunya ramai yang sudah melupai diri pendekar sufi negeri Pahang yang terbilang ini, iaitu Mat Kilau atau nama sebenarnya iaitu Muhammad bin Imam Rasu.

Dilahirkan pada tahun 1847,beliau berjuang menentang penjajahan Inggeris di Negeri Pahang bersama ayahnya iaitu Imam Rasu atau digelar Tok Gajah atau Orang Kaya Imam Indera Gajah Pahang dan gurunya Datuk Bahaman Orang Kaya Semantan.

Mat Kilau dilahirkan di Pulau Tawar.Sejak dari kecil lagi beliau diajar ilmu agama dan silat oleh ayahnya sendiri Tok Gajah yang merupakan Pahlawan Pahang yang terbilang dan menjadi kesayangan Sultan Ahmad.Beliau juga dihantar oleh ayahnya untuk belajar mengaji dan ilmu agama kepada seorang alim bernama Daud.Selepas itu beliau dihantar lagi menuntut ilmu agama dan kebatinan dengan Haji Osman atau dikenali sebagai Haji Muntuk iaitu Mufti negeri Pahang yang berasal dari Kelantan .

Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman memulakan pemberontakan mereka menentang penjajah sekitar tahun 1891 hingga 1895.

Sebelum kelahirannya, ibunya telah mendapat mimpi langit telah mengeluarkan cahaya berkilau-kilauan.Mimpi tersebut diceritakan kepada Mak Utih iaitu seorang bidan kampung .Mak Utih menasihatkan supaya ibunya Teh Mahada supaya jangan bimbang kerana mengikut tafsirannya mimpi itu membawa berita gembira dan anak yang bakal dilahirkan nanti akan menjadi seorang yang hebat dan terkenal.Mat Kilau dilahirkan pada waktu subuh lalu diazankan oleh ayahnya sendiri Imam Rasu yang juga merupakan Imam Masjid Pulau Tawar Itu.Selepas itu Mat Kilau terus dibelah mulutnya dengan garam , madu dan air zam zam.

Sejak kecil lagi Mat Kilau mempunyai beberapa tanda ganjil di badannya.Bulu roma dibelakangnya berpusar ke arah kiri dan bulu roma di dadanya berpusar ke kanan.Tangan kanan dan kirinya sama kuat begitu juga kaki kanan dan kirinya. Ada tahi lalat besar di pipi kanannya dan satu lagi tahi lalat panjang di bahunya. Dicelah jari kelenkeng kirinya ada buntat embun. Bila umurnya meningkat 7 tahun dia sudah tidak meninggalkan sembahyang fardu dan berpuasa.Bila dia bermain atau bergaduh , pasti dia akan menjadi pemenangnya. Pernah pada suatu hari Tok Gajah memberitahu Mat kilau yang Pahlawan Hang Tuah juga mempunyai buntat embun di celah jari kelenkeng kiri!

Genap umurnya 10 tahun , Mat Kilau sudah cekap bersilat dan bermain senjata.Imam Rasu menetapkan syarat hanya selepas berkahwin barulah diajar ilmu kebatinan silat dan biasanya mereka yang ingin mengamalkan ilmu kebatinan pahlawan melayu ini perlu bertapa di Gua Kota Gelanggi.Menurut ayah Mat Kilau, Tok Gajah, orang pertama yang datang bertapa di Gua itu ialah kawan kepada moyang mereka yang bernama Malim Yunus.

Tahun 1857, adalah tahun permulaan kepada sengketa atau perang saudara di Pahang setelah Bendahara Tun Ali yang memerintah negeri Pahang mangkat.Perebutan kuasa terjadi antara Tun Mutahir dan Tun Ahmad yang merupakan anak Bendahara Tun Ali dari ibu yang berlainan walaupun sebelum mangkat tugas untuk menggantikannya telah diwasiatkan dihadapan Tok Gajah kepada Tun Ahmad. Tun Mutahir iaitu kakanda kepada Tun Ahmad telah membatalkan surat wasiat ayahandanya dan melantik dirinya sebagai Bendahara atau pemerintah Pahang dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja Pahang.

Ini menimbulkan kemarahan adiknya Tun Ahmad. Perbalahan adik beradik merebut kuasa inilah sebenarnya punca atau titik bermulanya campur tangan Inggeris di Pahang.Tun Ahmad mendapat sokongan dari Sultan Trengganu dan Raja siam manakala Tun Mutahir mendapat sokongan Inggeris dan Johor.Pada akhir tahun 1857 Tun Ahmad dengan bantuan Tok Gajah berjaya merampas kuasa dari Tun Mutahir.

Ketika belajar dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau diajar juga ilmu untuk menundukkan Gajah dan harimau.ketika remaja Mat Kilau mempunyai 4 orang sahabat baik seperguruannya iaitu Mat kelubi, Mat Tahir, Mat Ali dan Mat Awang.

Selepas Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik anak imam Daud barulah ayahnya Imam Rasu mengajarkan ilmu kebatinan pahlawan melayu kepadanya.Selepas itu dia dihantar oleh ayahnya menuntut ilmu silat dengan Pendekar Arif pula sehingga selepas itu dikatakan Mat kilau semakin mahir menggunakan segala jenis senjata dan mampu ghaib pula!Ada cerita yang mengatakan bahawa Pendekar Arif mampu mengelak tikaman orang walaupun badannya digulung dengan tikar!

Mat kilau pertama kali terjun ke medan perang pada tahun 1868 dalam Perang Saga iaitu melawan angkatan Tun Mutahir yang dibantu oleh Temenggung Johor.Pihak Mat Kilau dan ayahnya Tok gajah menang dengan cemerlang.Oleh kerana khidmatnya yang cemerlang itu, Mat Kilau dilantik oleh Sultan Ahmad menjadi Orang kaya Budu.

Kedatangan beliau ke Budu menjadikan seorang pendekar di Budu yang bergelar Andak sakit hati.Secara diam-diam dia ingin menguji kehebatan ilmu persilatan Mat Kilau.Pada suatu hari, seperti biasa selepas subuh Mat Kilau masuk kedalam belukar di belakang rumahnya untuk mandi embun, yang sudah menjadi amalan diri hariannya sejak bergelar seorang pahlawan.Andak secara tiba-tiba melemparkan sebilah lembing kearah belakang Mat Kilau dari tempat persembunyiannya, namun dia sangat terkejut kerana mata lembingnya yang tajam itu, yang mampu menumbangkan beberapa ekor kijang sebelum itu tidak mampu menembusi kulit Mat Kilau.Mat Kilau menoleh kearah Andak lalu berkata : “Bukan pahlawan melayu namanya jika menikam orang dari belakang”

Lalu diajaknya Andak berlawan dengannya sekadar latihan silat saja lalu disambut oleh Andak.Hanya dengan sekelip mata saja dan mudah Mat kilau dapat menjatuhkan Andak.Selepas itu Andak mengaku kalah lalu terus menjadi sahabat yang setia kepada Mat Kilau pula.

Wan Da dan Wan Aman , anak kepada Tun Mutahir telah membantu Raja Mahadi mengalahkan Tengku Kudin di Selangor, jadi sebagai balasannya Wan Da mendesak supaya Raja Mahadi membantunya pula menyerang dan merampas kuasa di pahang pula.Serangan kali kedua dapat dipatahkan dengan jayanya oleh pahlawan Pahang termasuk Mat Kilau, Imam Rasu dan Datuk Bahaman.

Kekalahan puak Raja Mahadi juga amat memalukan mereka ,lalu Raja mahadi pun memutuskan untuk tidak lagi menyebelahi Wan Da. Wan Da dan Wan Aman mat marah lalu berpaling tadah menyebelahi Tengku Kudin pula untuk mengalahkan Raja Mahadi! Wan Da diutus oleh Tengku Kudin ke Pahang sebagai tanda persahabatan dan meminta Bendahara Ahmad membantu mereka menentang Raja Mahadi di Kelang.

Bendahara Ahmad bersetuju menghantar tenteranya termasuk pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman menyertai pasukan Tengku Kudin dengan alasan Raja Mahadi pernah melanggar Pahang dan Tengku Kudin juga sanggup menghadiahkan sedikit wang sebagai balasannya! Perang berlaku dan sekali lagi pahlawan pahang berjaya membantu Tengku Kudin mengalahkan Raja Mahadi.Hubungan baik antara Tengku Kudin dengan Bendahara Ahmad menimbulkan rasa tidak senang hati pihak Inggeris lalu mereka mengambil kesempatan untuk bertapak di Pahang pula setelah mereka berjaya bertapak di Perak ,Selangor,Singapura, Negeri Sembilan, Melaka dan pulau Pinang dengan menghantar wakil Inggeris atau seorang Residen .

Oleh kerana Pahang telah campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor, maka Gabenor Inggeris di Singapura meminta Bendahara Ahmad bersetuju menerima kunjungan wakil Inggeris kononnya untuk melawat dan menjalinkan persahabatan dengan Pahang pula.Taktik Inggeris mula menjadi setelah Bendahara Ahmad bersetuju walaupun hasrat Inggeris itu mula dicurigai oleh beberapa pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau.

Kehadiran Gabenor negeri-negeri selat Sir Andrew Clarke ke Pahang bersama 4 buah kapal yang dilengkapi meriam dan senjata perang dan beratus-ratus askar Inggeris yang siap memegang senapang disaksikan oleh seluruh rakyat Pahang ditebing sungai Pahang.Mereka disambut oleh Bendahara Ahmad yang sudah termakan umpan Inggeris dengan kenduri dan seekor kerbau ditumbangkan!

Kedatangan mereka ini membuatkan hati pahlawan pahang terutamanya Mat Kilau mendidih dan membuak-buak.Ditambah dengan muncung meriam yang sengaja dihalakan kedepan, nampak sangat mereka sengaja hendak menunjuk-nunjuk!

Kata Mat Kilau kepada Bendahara Ahmad : “ Datuk Bendahara, Alangkah baiknya sekiranya kedatangan tuan gabenor ini kita sambut dengan tembakan meriam rentaka sebanyak tujuh kali sebagai tanda penghormatan” . “Kita terlupa pula untuk berbuat begitu” kata Bendahara Ahmad sambil tersenyum seolah-olah faham maksud tersirat Mat Kilau itu.

Gabenor Inggeris itu amat terkejut lalu bertanya “ adakah kamu sudah mempunyai meriam seperti kami?” tanyanya dengan penuh kehairanan!

“Orang Pahang sudah ada meriam sejak zaman kesultanan melayu melaka lagi, tetapi ketika Melaka di serang Portugis, kami tidak sempat menolong Melaka” jawab Mat Kilau bangga.
“bolehkah kami melihatnya”kata Gabenor itu lagi. “Tidak boleh, kita menyimpannya di tempat yang selamat, hanya sewaktu perang saja kita akan mengeluarkannya” kata Mat kilau lagi.

Kepulangan Gabenor Sir Andrew Clarke ke England digantikan pula oleh Gabenor yang baru iaitu Sir William Jervois. Gabenor yang baru ini telah membaca semua laporan tentang negeri Pahang lalu menghantar seorang pegawai penyelidiknya yang bernama William Cameron ke pahang kononnya untuk menyelidik dan melihat keindahan alam! Padahal ingin mengkaji dan menyelidik dimanakah terdapatnya bijih dan emas yang banyak kerana Pahang memang terkenal kaya dengan hasil bijih dan emasnya, lagipun Pahang sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia.

Pada pendapat saya, persetujuan Bendahara Ahmad inilah yang menjadi penyebab berlakunya malapetaka dan bencana di pahang serta pencetus kepada kebangkitan semangat penentangan penjajah oleh Pahlawan pahang seperti Mat Kilau , Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Nantikan siri berikutnya kisah Pahlawan sufi yang hebat ini dalam artikel saya yang akan datang.

……………Sebagai ringkasannya …… saya sertakan sedikit isi artikel yang akan datang! ( kalau saya rajin ler!!!)

*Bermulanya era penjajahan Inggeris di Pahang….

*Mat Kilau ditembak …. Tetapi peluru biasa tidak mampu menembusi kulitnya…. Hanya peluru emas sahaja yang boleh merobek sedikit kulitnya tetapi tidak pada daging dan tulangnya!

*Hugh Clifford, Residen Inggeris di Pahang juga Kebal dari segala macam senjata tajam dan tidak lut peluru! Pernah belajar ilmu kebatinan di Siam! Beliau amat berdendam dan memusuhi Mat Kilau.

*Mat Kilau boleh ghaib dalam sekelip mata… ada orang kata, kebolehannya itu berkait rapat dengan amalan beliau yang amat meminati dan istiqamah mengamalkan zikir Ya Latif

*Bendahara Ahmad masuk dalam perangkap Inggeris … menjadi raja boneka Pahang.

*Mat Kilau diisytiharkan penderhaka dan pemberontak, hadiah wang ditawarkan untuk menangkapnya.

*Mat Kilau mengalahkan Panglima terhebat dari Perak Datuk Awang Kelana yang dipinjamkan oleh Hugh Clifford untuk mengalahkan Mat Kilau.

*Pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

*Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan.Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

*Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja,kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari.keadaan saya bagaikan orang mati.kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri !

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati , diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.

Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.Sewaktu hendak menanam ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu di bocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja!.

Rupa-rupanya benar , selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu , sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.


26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat… Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang.

Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, Oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah , Pendekar Pahang yang terbilang itu!

AmPada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya lebih kurang 40 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka !”

Pada pendapat saya , Mat Kilau, Tok Gajah , Datuk Bahaman dan pasukannya mampu berlawan dan boleh menang dengan Inggeris di Pahang, tetapi SEBENARNYA mereka tidak mahu bertempur dengan Bendahara Ahmad dan pasukannya yang terdiri dari orang-orang melayu yang sebangsa dan seagama dengan mereka.

Mereka juga tahu Bendahara Ahmad telah dipaksa oleh Inggeris untuk menghapuskan mereka!Mereka rela mengambil keputusan untuk melarikan diri , bukan kerana takut tetapi demi menjaga kepentingan Raja dan Rakyat Pahang agar mereka tidak terkorban secara sia-sia akibat tipu muslihat licik penjajah!

Wassalam.

*Rujukan :
1. Mat Kilau Pahlawan Pahang ; Abdul Latip Talib.
2. Jejak Pahlawan Mat Kilau ; Dr Talib Samat.
3. Pahlawan Pulau Tawar ; Arman Sani

Oleh : Sangtawal Sakranta.
-Admin Lemau+